in ,

Nak Puasa Tapi Period? Ini Cara Untuk Rebut Pahala

Sumber gambar: Ohmedia

Haih, baru minggu pertama masuk bulan Ramadhan dah period pula! Baru nak feeling sahur dan berbuka dengan family, sekali period la pula.

Siapa minggu pertama tak boleh puasa angat tangan sikit! Mesti rasa sedih kan sebab baru masuk Ramadhan dah tak boleh nak puasa. Tak mengapa, Ainaa faham perasaan korang tu sebab Ainaa pun sedang merasainya hari ini. Nampaknya tahun ni tak dapat la nak puasa penuh, huhu!

Walaupun kita sedang datang bulan, jangan risau sebab tak dapat nak buat pahala macam solat sunat, baca Al-Quran atau apa-apa sahaja tapi kita tetap dapat rebut pahala puasa tau. Ainaa akan cadangkan beberapa perkara yang boleh korang buat untuk menambah pahala di bulan puasa walaupun kita tak dapat berpuasa sama-sama.

CERAMAH ONLINE

Memandangkan sekarang ni kita dalam tempoh PKP, tiada sebarang majlis ilmu atau ceramah dilakukan dekat mana-mana masjid atau pun surau, tapi kita masih boleh tengok ceramah secara online dekat internet! Sekarang ni pun dah ramai pendakwah yang lakukan ceramah online dekat Facebook, Instagram atau pun Youtube channel mereka. Setiap hari korang boleh dengar macam-macam ceramah di internet, ajak sekali satu family join sama-sama. Lagi best kalau dapat pasang ceramah tu dekat TV, baru satu rumah boleh enjoy dengar ceramah.

BERZIKIR

Inilah Adab Yang Perlu Dilakukan Semasa Berzikir Supaya Amalan ...
Sumber gambar: Karteldakwah

Datang bulan tak semestinya kita tak boleh nak berzikir kan? Berzikir pun dapat banyak pahala tau. Sekarang zaman teknologi, ada macam-macam zikir pilihan yang korang boleh baca atau dengar. Walaupun zikir harian biasa pun sudah memadai kalau korang tak biasa nak zikir panjang-panjang. Tapi bulan Ramadhan ni kan kita ada banyak masa terluang memandangkan 24 jam ada dekat rumah? Boleh la hafal zikir lain pula ya.

SHARE POSTING BERILMU

Kebaikan Puasa 6 Di Bulan Syawal - Rasmi Q
Sumber gambar: Rasmiq

Sekarang ni semua benda ada dekat hujung jari kan? Kalau tadi kita dah dengar ceramah secara online dekat internet, kita juga boleh share ceramah tersebut dekat akaun sosial media sendiri tau. Walaupun kita share apa-apa status, posting, gambar, video atau artikel yang mendatangkan ilmu, kita juga akan dapat pahala tau. Just imagine korang share posting tentang kebaikan solat tarawikh dan ramai yang klik pada posting tu. Ha, dekat situ pun korang dah dapat pahala tau, itu kira pahala beribadah secara ‘halus’, hehe!

DENGAR BACAAN AL-QURAN ATAU BACA MAKSUD

Surah Al Fatihah dan Terjemahan Bahasa Melayu 2016!!! - YouTube
Sumber gambar: Youtube

Walaupun tak boleh nak nak baca Al-Quran, kita masih boleh dengar bacaan Al-Quran dan baca maksud mana-mana surah yang ada. Dekat dalam Spotify pun ada banyak playlist surah yang boleh korang dengarkan. Dalam sehari tu boleh la korang cari surah pilihan dan baca maksdunya, nanti bila dah boleh puasa boleh la korang baca surah tu waktu solat kan.

MASAKKAN UNTUK JIRAN

cabaran20hari Amalan Berbalas Juadah di Bulan Puasa ~ safura ...
Sumber gambar: Safurara

Sekecil-kecil perbuatan baik pun kita boleh dapat pahala tau. Selain masak untuk family, ini la masanya untuk berbuat baik dengan jiran. Kita kembalikan nostalgia dulu-dulu bertukar juadah dengan jiran, tapi tetapkan dalam hati jangan mengharapkan sebarang balasan sebab kita kan nak buat baik so jangan la harap orang balas balik. Masak simple pun dah okay macam kuih muih. Maklum la sekarang ni tak ada bazar Ramadhan, semua makanan termasuk kuih muih kena buat sendiri. Ehem, kalau jiran tu ada anak bujang, ini la masanya korang tunjuk skill sekali ambil hati, eh?

Tak ada alasan la lepas ni kalau tak boleh puasa, korang habiskan masa dengan main phone atau melepek depan TV je ya. Kita sama-sama tambah pahala okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Sahur Yang Bakal Kurangkan Rasa Lapar

Kuih Famous Yang Selalu Dibeli Di Bazar Ramadan!