in , ,

Nak Pergi Konsert.. Tapi Apa Nak Pakai?! OMG!

Sumber Gambar: https://shop.mu-mo.net

Kehangatan semakin terasa, konsert BLACKPINK bakal menggegarkan Malaysia Sabtu dan Ahad ni! #Lunagirls, excited tak? Eh! Tapi kejap girls, korang pakai outfit apa nanti? Atau dah ada tema dengan girls squad korang? Ke masih confuse nak pakai apa? Haha! Takpe, jangan risau Ummi nak bagi idea untuk outfit yang selesa dan cool untuk ke konsert BLACKPINK!

RIPPED JEANS

Sumber Gambar: https://aminoapps.com

Katanya nak ikut trend K-Idol, jadi apa kata #Lunagirls cuba gayakan seluar macam ni! Simple dan banyak koyak sana sini, jadi senanglah udara nak masuk.. taklah berpeluh-peluh! Hihi.. Nak nampak lebih trendy? Pakai ripped jeans dengan T-shirt kosong je.. Atau kalau masih tak tahu pakai gaya macam mana, tiru je gaya Lisa macam dalam gambar ni! Fuh! Mesti korang akan nampak cool and energetic macam Lisa juga..

SPORTSWEAR

Sumber Gambar: https://blackpinkupdate.com

Trend fashion Korea yang paling ONZ! Rasanya outfit ni akan buat korang lebih selesa.. pakai je sweatpants or jogger pants, T-shirt and sneaker dah nampak macam kpopers! Tapi girls, make sure korang pakai baju yang jenis cotton untuk senang serap peluh dan korang takkan rasa panas okay? Elakkan pakai pakaian terlalu tebal tau.. nanti korang akan mudah rasa tak selesa!

SQUAD OUTFIT

via GIPHY

Ha! Siapa yang pergi dengan girls squad boleh cuba squad outfit ini.. #Lunagirls and squad boleh pilih tema nak pakai baju warna apa, nak pakai seluar atau pun skirt dan sedikit makeup or accessories yang menampakkan korang one squad! Mesti cool kan? Nanti masa beratur nak masuk dalam, ramai akan usha dan kagum dengan gaya korang! Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak tag Ummi dan LUNARIA tau!

OVERSIZE OUTFIT

Sumber Gambar: http://seoulbeats.com

Tak kiralah nak pakai oversize sweater, hoodie ke atau pun T-shirt, ia akan buat korang chill! Lagi pun kelebihan pakai oversize ni, korang senang nak gerakkan tangan dan badan sebab banyak space untuk bergerak! Hihi.. Jadi bolehlah lompat-lompat dengan BLACKPINK, bila mereka tengah nyanyi lagu Boombayah.. seronoknya!

DRESS OVER BLOUSE

via GIPHY

Bagi yang nak nampak macam lebih ayu, boleh je nak pakai dress.. Tapi make sure dress sopan dan manja! Ala ala K-Idol juga.. Kalau nak nampak lebih comel, #Lunagirls juga boleh mix and match beberapa lapis outfit tapi jangan lebih tiga tau! Eh! Tapi kalau pakai dress, jangan pula pakai heels sebab takut korang terjatuh dan tak selesa.. Macam mana nak menari lagu Ddu-Du Ddu-Du bersama BLACKPINK?

Ha! Korang dah ready nak pergi? Tapi sebelum itu, jangan lupa tengok video Ummi “Tengok Konsert Ke Pergi Gaduh”! Dekat dalam video tu, Ummi ada senaraikan beberapa barang yang korang perlu bawa untuk ke konsert! Jangan lupa ambil gambar outfit korang dan share dengan Ummi dan team LUNARIA tau! Have fun girls!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rambut Banyak Kutu? Eeee! Cepat Guna …..

Hijabis Kena Ada Barang ‘Emergency’ Ni!