in ,

Nak Pakai Contact Lens? Ini Korang Kena Tahu!

Sumber Gambar: https://hijabfesyen.com.my

Olla #Lunagirls siapa dekat sini sedang berjinak-jinak dengan contact lens? Yelah! Sekarang tengah trend pakai contact lens color-color tu siapa tak nak kan. Kepada beginner yang baru nak mencuba, jangan takut ye sebab LUNARIA nak share tips cara memakai, jadi tak adalah korang paranoid contact lens hilang dalam mata ke apa.

BASUH TANGAN

via GIPHY

Selalunya kita basuh tangan bila nak makan, tapi masa nak guna contact lens pun WAJIB tau sebab ia mengelakkan dari sebarang benda asing seperti habuk masuk ke mata dan membawa sekali bakteria jahat.

TUKAR ON TIME

via GIPHY

Kebiasaan orang menukar contact lens mereka bila salah satu daripadanya hilang, tapi kalau boleh korang ikut apa arahan yang telah diberi. Dimana ada sesetengah contact lens bertahan beberapa minggu dan berbulan mengikut jenis dan ketahanan. Janganlah selagi elok korang guna for the next few month.

TUKAR BEKAS

Sumber Gambar: https://www.imanabdulrahim.com

Bukan sekadar contact lens je perlu ditukar tetapi bekas contact lens pun perlu ye, kalau boleh korang every 3 month sebab selepas itu bakteria akan lagi banyak berkumpul dan akan menjejaskan kualiti contact lens. Ia akan merosakkan contact lens yang baru korang beli, baik tukar contact lens dan bekas sekali okay #Lunagirls.

CECAIR YANG BETUL

Sumber Gambar: https://100comments.com

Sebelum nak beli ke nak guna ke better baca arahan terlebih dulu ye, sebab lain contact lens lain cecair rendamannya. Yang ni penting ye #Lunagirls, jangan sesekali guna air paip memang nampak bersih tapi air paip mempunyai molekul yang merbahaya di dalamnya.

JANGAN TIDUR

via GIPHY

Kita biasanya balik rumah penat terus je baring tidur, kepada newbie kadang terlupa yang dorang tengah pakai contact lens dan terus landing tidur. Ha! better jangan korang kena peka ye sebab menurut pakar memakai kanta lengkap ketika tidur boleh menyebabkan 6 hingga 8 kali jangkitan lebih cepat.

ELAKKAN MANDI DAN BERENANG

via GIPHY

Mungkin korang rasa takkan ada bakteria yang akan menyerang ketika mandi dan berenang menggunakan contact lens, tapi sebenarnya jangkitan akan berlaku dengan cepat. Ia juga boleh menyebabkan korang berhadapan dengan risiko jankitan yang lebih tinggi dan teruk.

Bagi sesiapa yang baru nak menggunakan contact lens better korang dapatkan rundingan dari mana-mana pihak yang pakar tentang ni, buat research ye #Lunagirls. Jangan pakai sebab trend tau, much love from LUNARIA.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Multitasking Buat IQ Menurun? What!

Selalu Restart Phone Buat ‘Nyawa’ Lebih Lama!