in ,

Nak Mula Bisnes? Ini Antara Barangan Trending Sekarang

Sumber gambar: Instagram @so.scrunchiess / Twitter @AinaRahmaaan

Ramainya yang dah mula buat bisnes sekarang ni, sana sini semua dah mula cari duit sendiri. Bila la agaknya aku nak mula buat bisnes ni…

Bila? Mulakan daripada sekarang guys kalau korang ada impian untuk memiliki perniagaan sendiri. Buat secara kecil-kecilan pun dah memadai since sekarang ini ramai orang dah mula berniaga untuk tambah duit poket. Jangan ingat orang yang dah bekerja sahaja boleh buat side bisnes sendiri, korang yang masih dibangku sekolah ini pun boleh juga tau. Tengok sahaja Cupcakeaisyah tu, since umur 12 tahun dia dah memiliki bisnes sendiri dan mempunyai pendapatan melebihi empat angka sebulan.

For those yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan mesti buntu tak tahu apa jenis barang yang korang nak jual… Kalau jual tudung, kena bersaing dengan ramai lagi peniaga jual tudung. So today kami akan share dengan korang semua beberapa barang yang sedang in trend bagi sesiapa yang baru nak mulakan perniagaan kecil-kecilan…

SCRUNCHIES SO CUTE

@aliaharashid0##DIYGuru ##smallbusiness ##packing ##packingorders♬ First date – tootymcnooty

Nampak macam simple je sebab dekat mana-mana pun ada jual scrunchies ini. Even dekat kedai RM2 pun ada, inikan pula MR. DIY, berlambak ada jual scrunchies bermacam bentuk. Tapi biasanya kalau dekat kedai ini, scrunchies semua tak berapa cantik sangat, corak pun simple dan nampak macam ketinggalan zaman sikit. Cuba korang belek sikit dekat Shopee atau Lazada, ada banyak pilihan scrunchies yang dijual dengan harga lebih murah. Daripada situ korang boleh la beli dalam amaun yang banyak dan jual semula. Make sure pilih corak yang comel sebab sekarang ini barang comel je yang dapat perhatian ramai. Pesaingan itu tak ada la banyak sangat, tetapi korang kena bijak susun strategi supaya barang yang korang jual mendapat perhatian ramai. Sekarang pun memang tengah trend orang pakai scrunchies, ada juga yang jadikan scrunchies sebagai aksesori dekat tangan.

CERMIN LUKISAN

Beli cermin bulat banyak-banyak, then gunakan tangan korang yang kreatif itu untuk lukis apa-apa yang menarik dekat atas cermin tersebut. Gaya memang agak leceh, tetapi korang boleh jual dengan harga yang sedikit tinggi disebabkan bakat yang korang miliki. Kalau sesiapa yang ada bakat dalam melukis, ini merupakan peluang keemasan untuk korang tau. Just keluarkan modal untuk beli cermin dan alatan untuk melukis sahaja. Bagi harga untuk setiap cermin yang korang jual, buat la kira-kira semula supaya balik modal dengan duit yang dah dikeluarkan bersama dengan bakat melukis korang. Jangan risau, bisnes jual cermin ini pasti akan mendapat sambutan ramai sebab sekarang ini tengah musim hias bilik, ramai yang mencari barang comel macam itu.

BAKING TIME

Pandai masak, pandai baking dan kreatif serta ada banyak masa… Korang boleh buat bisnes makanan macam ini. Tak kisah apa jenis makanan pun, confirm ramai yang akan beli. Lagi pula sekarang ini ada sesetengah sekolah yang kantin ditutup. So, ambil kesempatan ini untuk jual makanan dekat kawan-kawan di sekolah. Minta tolong mak atau adik-beradik yang lain untuk masak sekali. Open order dekat kawan-kawan korang, mesti akan ada yang nak beli. At the same time kalau korang pandai baking, boleh la jual juga dekat social media. Lagi pula sekarang ini tengah trend jual kek pastel ala-ala Korea, confirm laku!

BUNDLE TAPI NAMPAK MAHAL SIS

Satu lagi, sekarang ini pun in terms of fashion, ramai anak muda yang dah mula bergaya ala-ala streetwear. Konsep yang sangat simple iaitu baju t-shirt bercorak, seluar besar bersama dengan sneakers dan additional for hijabis, gayakan bandana dekat kepala atau bucket hat. Memang style habis kalau pakai macam ini, tapi kena berani la. Korang boleh gunakan peluang ini untuk memulakan perniagaan barang bundle. Bundle ini tak semestinya barang lama atau terpakai, ada sahaja bundle yang nampak masih baru. Korang boleh menyelam dekat bundle murah dan jual semula, lagi best kalau dapat beli dalam amaun yang banyak so dapat la harga murah sedikit. Bagi menampakkan barangan bundle yang korang jual itu kelihatan mahal, ambil gambar korang gayakan pakaian tersebut. Baru la orang akan tertarik dengan konsep sebegitu.

MULA DENGAN DROPSHIP DULU SIS

Let say korang nak berniaga tetapi tak ada modal yang besar untuk beli barang, so korang boleh la join jadi dropship untuk mana-mana brand. Sekarang ini ada banyak pilihan untuk jadi dropship, tak kisah jual tudung, baju, seluar atau apa sahaja. At the same time ada juga dropship yang tak perlu keluarkan modal keahlian, just join sahaja untuk berniaga. For those yang nak jadi dropship ini, korang kena pandai atur strategi marketing sebab korang akan bersaing dengan ramai lagi dropship. Itu la gunanya untuk korang join kelas marketing, baru la boleh beat sales dropship yang lain.

Tips: Mulakan perniagaan dengan benda yang korang suka terlebih dahulu. Contohnya korang sukakan handbag, so jual la handbag sebab itu ialah barangan yang korang suka. Tak mustahil korang akan beri extra fokus dekat situ.

Apa pun, kalau nak mula berniaga make sure tahu dulu market untuk barang yang korang nak jual. Jadikan kawan-kawan dekat sekolah sebagai target market korang terlebih dahulu, after that baru la expand lagi perniagaan dekat luar. Good luck kepada semua yang nak mula berniaga!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Barang PENTING Seorang Perempuan Perlu Ada

Sebuah Kereta Berjenama Sold Out Disebabkan Oleh Peminat V BTS