in ,

Nak Muka Licin Macam Cermin Please!

Sumber Gambar: https://thehauterfly.com/

Musim panas ni susah nak jaga muka.. senang nak breakout! Huhu! Ummi faham sangat sebab kulit Ummi sensitif.. Dengan cuaca yang tak menentu ni, agak susah nak jaga glass skin ala Korean.. Lebih lagi nak pakai makeup! Haihh.. Tapi takpe! Meh Ummi share tips makeup licin macam cermin musim panas ni! Jangan risau girls, kalau dengan Ummi tak memerlukan bajet yang besar! Hihi!

DOUBLE CLEANSE

via GIPHY

Langkah pertama! Kalau #Lunagirls nak dapatkan glass skin makeup, korang perlu buat double cleanse! Ia akan bantu kita untuk buang makeup atau kotoran yang melekat dekat muka! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang double cleanser, check out article Ummi “Makeup Junkie Kena Buat Rutin Ini”. Korang akan faham kenapa, mengapa dan bagaimana untuk double cleansing!

7 TEKNIK

Sumber Gambar: https://www.skincare.com

Langkah kedua! Korang perlu buat 7 teknik ala Korean! Nak buat apa? Nak pakai apa? Ala! Chill girls, step ini korang hanya perlu guna toner and apply sebanyak 7 lapisan.. Terkejutkan? Katanya dengan cara begini, ia akan membuatkan kulit lembut, dan tidak kering terlalu cepat! Senang je kan?

MOISTURISER

via GIPHY

#Lunagirls jangan sesekali tinggalkan BFF toner iaitu moisturiser! Glass skin takkan jadi tanpa pelembap kulit tau.. Tapi bukan semua moisturiser boleh digunakan! Untuk langkah ketiga, korang perlu pilih moisturiser water based! Boleh daripada air tapis, air kelapa dan beberapa lagi bahan semula jadi! Bahan-bahan ni akan bantu buat kulit korang, glowing and shining like a diamond! 

LINDUNG DENGAN SPF

via GIPHY

Langkah terakhir pula, #Lunagirls kenalah jaga kulit korang dari sinaran UV. Jadi rajin-rajin lah pakai sunscreen or sunblock girls! Pergi sekolah pun kena pakai tau! Langkah ni lah yang akan menjaga kulit kita daripada munculnya garis-garis halus dan bintik-bintik coklat bila dewasa nanti! Kiranya akan buat kulit kita terasa lebih muda gitu! Hihi!

Senang je cara-cara nak mendapatkan glass skin #Lunagirls! Tapi make sure korang ikut langkah ini betul-betul ya, jangan terlepas one step pun.. Dan yang penting, cari base makeup yang tepat untuk buat glass skin! Untuk extra care, korang boleh spray face mist untuk kelembapan kulit! SuperDeals ada promosi BOFO: Hera Rose Facemist (150ml) jimat 29% girls! Cepat check out sebelum terlambat! Hihi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bersenam Atas Kerusi Sampai Patah? 😱

Dah 2019, Still Tak Tahu Tentang Apps Ni? #Noob