in ,

Nak Kulit Flawless Tanpa Produk Skin Care? Boleh Cuba Cara Ini

Sumber gambar: preview.ph/beauty

Dalam dunia ini tiada seorang pun yang suka bila muka mereka breakout? Semua orang suka kalau muka mereka bersih cantik tanpa ada cacat cela tapi itulah dah namanya manusia, kita mesti ada kekurangan masing-masing kan. Dan impian nak ada kulit flawless itu bukan setakat perempuan saja yang nak tetapi lelaki pun sama. Lebih lagi sekarang ada banyak sangat produk dan cara cuci muka masing-masing yang berbeza mengikut kesesuaian jenis kulit korang dan kadang-kadang itu, ada yang sampai sanggup berbelanja ratusan ringgit semata nak dapatkan kulit yang yang flawless. Tapi kalau korang nak tahu sebenarnya korang boleh sahaja dapat kulit flawless tanpa produk skin care yang mahal itu dan kami akan kongsi caranya pada korang sebab ia memang mudah sahaja! Hehe

AIR MASAK

via GIPHY

Setiap hari, tolonglah cukupkan sekurangnya lapan gelas air masak dalam satu hari. Kalau korang nak tahu, jika korang kerap minum air minuman yang mengandungi gula, memang muka korang akan tumbuh jerawat yang korang tak suka itu. Pastikan setiap hari air masak itu pengambilannya lebih daripada minuman manis okay

JANGAN SENTUH MUKA

via GIPHY

Pukul tangan korang itu kalau kerjanya asyik nak sentuh muka dan kopek benda yang korang rasa tidak selesa itu. Korang tahan nafsu sikit ya bila rasa nak sentuh muka korang. Kalau boleh genggam tangan dan tarik nafas perlahan sambil cakap “Jangan pegang muka! Jangan pegang muka!”, mesti menjadi! Hehe! 

JANGAN ASAL MAKAN SAHAJA

via GIPHY

Pastikan makanan yang korang makan itu semuanya cukup zat dan khasiat. Jangan asal main makan dan sumbat sahaja dalam badan korang. Kalau korang makan makanan yang sihat, pasti makanan yang dihadam itu akan beri kesan yang baik bukan sahaja pada kulit korang, malah untuk yang sedang berdiet itu pun korang akan lebih sihat dan bertenaga.

BERSENAM 

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, bersenam pun memang membantu kita untuk dapatkan kulit yang flawless secara semulajadi sebab toksin dalam badan korang akan keluar melalui peluh korang bersenam itu. 

ELAK SINAR MATAHARI

via GIPHY

Ini antara yang wajib korang elakkan adalah matahari. Kalau nak kulit korang sentiasa terjaga, pastikan korang rajin pakai topi waktu nak keluar itu ke, bawa payung supaya korang terlindung dari sinaran cahaya matahari. Sebab UV dari sinaran matahari itu mampu merosakkan kulit korang dan penuaan akan cepat berlaku kalau korang sentiasa terdedah.

Percaya atau tidak, kalau korang selalu follow cara yang kami kongsikan ini. Mesti kulit korang akan cantik. Dan automatik korang tidak perlu berbelanja lebih untuk jaga kulit lagi asalkan ia korang sentiasa make sure gaya hidup korang itu sihat dan cergas sebab segalanya memang bermula dari dalaman badan korang.

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Gajet ‘Penting’ 2020, Korang Ada?

Boys Suka Girls Pandai Masak Atau Tak?