in ,

Nak Kaki Nampak Panjang, Korang Cuba Cara Ini!

Sumber gambar: https://www.healthline.com/health/sock-marks-on-legs

Ramai teringin nak ada kaki panjang macam supermodel.. Ambil gambar je terus nampak perfect sebab kaki mainkan peranan yang penting setiap kali posing bergambar.

via GIPHY

Tapi kalau diri ini tak berapa tinggi, macam mana nak dapat kaki panjang pula? Mestilah kena fikirkan cara lain untuk dapatkan effect kaki panjang macam itu. Don’t worry girls sebab Ainaa ada cara mudah dan cepat untuk korang semua…

MAKEUP KAKI

Image result for leg makeup
Sumber gambar

Ya, bukan muka je boleh kena makeup. Kaki pun boleh juga makeup untuk nampak lebih cantik tau. Korang boleh guna bedak asas jenis semburan untuk tutup scars dekat kaki. Beli dekat drugstore pun boleh. Effect nanti kaki korang nampak lebih cantik sebab segala cela dah ditutup. Tapi cara makeup hanya boleh digunakan sekali sekala je sebab kaki kita pun perlu bernafas juga.

GUNA SKRUB

Biasanya kita sibuk nak scrub muka untuk hilangkan segala macam sel kulit mati. Jangan lupa juga skrub kaki, buang semua sel kulit mati dan daki yang dah lama terperuk dekat situ. Cuma jangan skrub setiap hari, takut nanti kulit kaki korang dapat irritation sebab menipis akibat terlalu kerap skrub.

PAKAI PELEMBAB

Related image
Sumber gambar

Kaki sebenarnya sama je macam muka, kita kena jaga dengan sebaiknya walaupun tertutup dekat bawah seluar. Malulah kalau kaki korang kering je bila dipegang. Korang hanya perlu sapu losyen setiap kali sebelum tidur dan selepas mandi. Kaki korang akan jadi lebih lembut dan cantik bersinar. Make sure shave atau wax dulu bulu kaki kalau nak nampak bersinar ya, hehe!

BERSENAM

Nak cantik tapi nak jalan singkat dan malas? Hmm tak kemanalah nanti jadinya sis ku sayang. Korang kenalah bersenam sikit kalau nak kaki cantik. Antara latihan yang sesuai ialah melompat, jogging, kayuh basikal atau naik turun tangga. Kaki korang akan mengecil dan bentuk effect panjang. Barulah korang dapat bentuk kaki yang diingini. Jangan malas nak exercise ya girls.

Jangan ingat nak cantik ada jalan singkat ya girls. Kalau nak lagi singkat, korang edit jelah gambar kaki. Edit bagi kaki korang nampak panjang macam supermodel Victoria Secret.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Puasa’ Bubble Tea, Terus Dapat Beli Tiket Flight!

Backpack Yang Korang Perlu Ada