in ,

Nak Jadi YouTuber, Tapi Fail?

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Korang ada tak impian nak jadi YouTuber? Kalau ya, mesti korang tak tau nak buat content apa yang menarik kan? Actually banyak content best yang korang boleh cuba, macam beauty care  tutorial tapi kalau nak lagi rare, korang boleh buat pasal game! Mesti ramai nak tengok, yelah girls buat pasal game kot! Tapi kalau dah buat video tapi gagal jugak, mesti ada something wrong. Jom tengok list Ummi ni mana tahu boleh improvekan video korang?

KURANG PENGETAHUAN

via GIPHY

Nak jadi seorang YouTuber ni kena kreatif, bukan saja dari cara editing video tapi content video pun kena onz tau! Jadi korang kena cari content yang menarik perhatian, trending dan tengah hot. Contoh macam ASMR atau cuba makanan pedas. Selain tu, korang kena buat research sikit sebelum buat content tu so that tak ada lah bawak fakta yang salah.

TAK FOKUS 

via GIPHY

Memang la YouTube ni nampak macam tempat for fun, tapi kalau korang dah ada subscribers and viewer, kena lah 100% fokus dengan apa yang viewers nak. Tetapkan seminggu berapa kali video korang akan keluar dengan topic yang berbeza. Baru lah viewers tak sabar nak tunggu video korang dipublish.

MELANGGAR PERATURAN

Sumber Gambar: http://www.onyxtruth.com/

Sebelum nak buat account YouTube atau upload video, korang kena take note dengan rules and regulations yang ada. Kalau korang guna lagu sebagai latar belakang video, Youtube akan padam video tu serta merta tau. Kiranya korang ni macam dah guna lagu artis tu tanpa kebenaran. Sebab tu kalau boleh content video korang kena original dan tak ada unsur copyright atau plagiarism. Baru la video tu meletop..

BELI SUBSCRIBERS

Sumber Gambar: https://www.hipwee.com

Sekarang ni, orang nak famous boleh buat apa je, termasuk la beli subscribers, likes dan views. Korang kena tahu, Youtube akan pantau dan beri penalti pada orang yang beli semua ni, account korang pun mungkin akan dipadam. Jadi girls fikir sebelum beli, jangan sampai account korang kena banned dan hilang real subscribers tau!

Nampak macam remeh kan? Tapi sebenarnya tak girls, benda kecil macam ni la yang akan buat korang jadi Youtuber yang gagal. Lagi- lagi part rules and regulations tu, sebab setiap tahun mesti akan ada perubahan. Jadi korang kena selalu update pasal tu ok? Ummi doakan semoga korang dapat jadi YouTuber yang berjaya!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Girls Pun Boleh Main Sports Tau! #GirlPower

LED Toilet Bowl Untuk Senangkan Aim? Pelik Betul!