in ,

Nak Jadi Orang Berjawatan Di Sekolah? Kami Ada Tips!

Sumber gambar: pssmkcas.wordpress.com

Korang aktif tak di sekolah? Kalau aktif, korang setakat ini dah pegang jawatan apa di sekolah? Ke korang tiada jawatan tapi nak kan jawatan tapi tidak dapat juga? Tahu tak, sebenarnya tidak ada jawatan di sekolah ini pun bagus juga tau sebab korang tak perlu bawa tanggungjawab dan amanah yang disampaikan. Kesan kalau korang tak jaga amanah dan tanggungjawab ini, korang berdosa tau dan bukan setakat itu sahaja, banyak kerja juga tak bergerak sebab korang tak bawa amanah korang itu betul-betul. Tetapi kalau korang nak juga jadi orang berjawatan di sekolah sebab nak belajar untuk jadi lebih baik, kami akan kongsikan tips.

SUKARELAWAN

Sumber gambar: propdfconverter

Korang boleh cuba jadi sukarelawan untuk pelbagai aktiviti sekolah. Bila korang dah jadi sukarelawan, korang boleh tunjukkan bakat kepimpinan korang pada orang di sekeliling korang. Selain itu, bila dalam kelab, persatuan dan mana-mana, bila cikgu tanya siapa yang nak jadi ketua ke, penolong ke dan lain-lain, korang angkat sahaja tangan okay! Kalau orang lain tak setuju, abaikan sahaja sebab siapa suruh mereka tak volunteer awal-awal kan? Hehe!Β 

TUNJUKKAN BAKAT

Sumber gambar: google sites

Sentiasa tunjukkan kemampuan korang dan bakat korang pada orang yang sepatutnya sebab nanti contohnya kalau cikgu korang tahu yang korang boleh memimpin kelas, nanti lambat laun dia akan rekomendasi korang untuk menyandang jawatan itu di sekolah. Kalau korang adalah orang yang memang boleh dipercayai untuk jadi pembimbing rakan sebaya yang baik, mungkin lambat laun mereka akan beri korang tanggungjawab untuk jadi pengawas sebab tugas pengawas yang sebenar pun adalah untuk membimbing kawan-kawan supaya lebih berdisiplin, setuju tak?

MINTA PELUANG

Sumber gambar: bharian

Selain dari itu, korang boleh sahaja minta peluang pada cikgu korang untuk galas jawatan apa yang korang nak di sekolah tetapi dengan syarat, korang mampu laksanakan tanggungjawab dan amanah itu dengan baik. Barulah cikgu korang akan percaya pada diri korang yang sebenarnya korang nak jadi seorang yang lebih baik, berdikari dan bertanggungjawab.

SENTIASA MINTA BANTUAN

Sumber gambar: malaysiaaktif

Walaupun korang adalah orang yang ada jawatan atau tidak, sentiasa ingat untuk meminta bantuan kepada orang lain sebab kita semua dilahirkan untuk sentiasa belajar benda baru dan buat silap dan perbetulkan kesilapan. Jadi, walaupun korang salah, jangan pernah malu untuk minta bantuan rakan dan cikgu untuk korang belajar jadi seorang yang lebih baik.

Senang sahaja sebenarnya kan untuk korang jadi orang pegang apa-apa jawatan di sekolah, apa yang penting adalah cikgu itu sebenarnya nak tengok korang ini mampu atau tidak jadi orang yang lebih baik, berdikari dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan. Kalau korang rasa korang tak mampu nak jaga amanah itu, sebaiknya tak perlu pegang pun tak apa, tak salah pun sebab tanpa pegang sebarang jawatan pun korang boleh sahaja jadi orang yang lebih baik.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hanya Gunakan Milo, Korang Boleh Sediakan 4 Jenis Makanan Ini

Cara Nak Hilangkan Perangai Malas