in ,

Nak Diet? Ini Jumlah Kalori Makanan Korang Kena Tahu

Sumber gambar: cyberspaceandtime.com

Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sudah masuk fasa kedua.. Aktiviti yang paling keras dilakukan semestinya makan! Semua menu masakan orang share di media sosial kita nak buat dan makan.. terkejut tengok berapa berat naik! Dan sekarang mesti ramai yang ada cita-cita nak diet dan hidup dengan sihat kembali. Sebelum itu, korang tahu ke tidak sebenarnya yang setiap makanan ada kalori yang tertentu yang mana kalau korang terlebih makan sahaja, hmm, alamatnya sampai bila-bilalah korang tak dapat #bodygoals! Okay, biar Zoe kongsi sikit dengan korang jumlah kalori makanan yang korang perlu tahu! Ha! Take note ya gais!

KUIH GORENG

Sumber gambar: blog traveloka

Kalau korang nak tahu kuih yang bergoreng yang korang selalu beli petang-petang di gerai atau warung kecil seperti goreng pisang, keropok lekor, popiah, karipap, donut dan lain-lain itu sebenarnya setiap satunya mengandung 140 kalori. Ya! Memang setiap satu. Ha, cuba bayangkan sekali korang makan itu 10 pieces! Dah 1400 kalori yang korang sumbat tau! Fuhh! Naya badan kita.

MCFLURRY OREO

Sumber gambar: pinterest

Walaupun ia hanya dalam bekas cawan ais krim yang kecil sahaja tetapi ais krim Mc’Flurry Oreo Mcdonals yang menjadi kegemaran ramai di antara kita mengandungi 520 kalori. Bukan tak boleh makan langsung tetapi bila korang dah makan ini, pastikan korang kawal pengambilan kalori untuk waktu makan korang yang seterusnya! Semasa PKP, bila duduk rumah semua benda nak makan.. nampak iklan Mcd di TV terus order online.. siapa suka buat macam ini? 

DADA AYAM KFC

Sumber gambar: bo6news

Kalau yang satu ini tak tahulah nak cakap okay atau tidak tetapi sebab dia masih dalam kategori makanan bergoreng.. Dada ayam KFC setiap satunya mengandungi 520 jumlah kalori, itu baru dada ayam iaitu bahagian ayam yang paling terbaik tetapi kalau korang suka bahagian ayam yang lain, lain pula kalorinya tau. Ha! Jaga-jaga okay untuk yang tengah diet itu. Ini baru seketul.

BOBA TEA

Sumber gambar: iluminasi

Memang ramai yang suka dengan boba tea zaman sekarang ini. Ha, kalau korang nak tahu setiap satu cawan boba tea yang korang beli itu ada kalori sebanyak 375 tau. Tapi jangan lupa pula, kandungan gula yang memang sangat tinggi dalam boba tea ini. Ada yang sampai lebih 10 sudu gula tau! Eh? Tak takut kencing manis ke?

FRIES MCDONALDS

Sumber gambar: delish

Dalam banyak-banyak kentang goreng, kentang goreng Mcdonalds menjadi kegemaran Zoe tetapi kalori dalam kentang goreng ini agak banyak juga iaitu sebanyak 373 kalori padahal sikit je isinya? Kita makan satu saiz yang mereka bagi itu pun tak kenyang. Orang kata sudut perut pun tak memenuhi. 

Macam mana? Mesti ada yang tak sangka  makanan yang nampak simple itu pun tinggi sangat kalorinya. Untuk pengetahuan korang, kalau nak bakar 500 kalori makanan itu korang perlu sekurangnya berlari selama satu jam atau lebih. Ya, memang penat. Dan untuk pengetahuan korang calories intake untuk perempuan sekurangnya sehari adalah 1600 kalori ke 2400 kalori mengikut badan korang juga dan bagi lelaki pula boleh dari 2000 kalori ke 3000 kalori. Kenapa lelaki banyak? Zoe pun tak pasti tapi itu adalah jumlah yang disarankan oleh pakar. Jadi, lepas ini rasanya kita berjaga-jaga nak makan apa pun okay! 

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nostalgia Lama, Samsung Keluarkan Phone ‘Flip Flip’

Kawan Yang Tak Boleh Diajak Bergurau? Cuba Buat Ini…