in , ,

Nak Bulu Lambat Tumbuh? Try Cara Ni!

Sumber Gambar: http://www.solbiatese.com

Hi, bulu-bulu kehidupan keluarlah kau dari badan aku ini!

Penatnya nak urus bulu-bulu dekat badan ini, rasa nak cari ubat untuk hilangkan semua bulu je! Alahai.. #Lunagirls pernah alami situasi macam ni? Terfikir kenapalah cepat sangat tumbuh! Psst.. Ummi ada tricks macam mana nak lambatkan pertumbuhan bulu lepas bercukur..

TUKAR PENCUKUR

via GIPHY

Selalu korang tukar pencukur berapa kali selepas guna ya girls? Haa.. ada yang pakai selagi tak rosak kan? Habit ini korang kena tukar tau, sebab pisau pencukur yang telah digunakan atau lama, akan tumpul dan tidak mempunyai ketajaman seperti yang baru. Jadi, bila korang bercukur pisau itu tak akan tertarik sampai ke bahagian akar.

GUNA CONDITIONER RAMBUT

Sumber Gambar: https://www.sheknows.com

Siapa yang suka guna krim pencukur? katanya krim itu melambatkan bulu betul ke girls? Ummi tak pernah guna krim pencukur.. tapi trick Ummi akan guna conditioner rambut! Ia akan melembutkan kulit, bulu lambat tumbuh dan yang paling best tak keluar banyak kos untuk beli produk lain! Hehe!

PANASKAN BADAN

via GIPHY

Sebelum korang nak cukur, pastikan badan korang panas. Macam mana? Ha, senang je.. letakkan tuala panas ditempat yang korang nak cukur! Kenapa kena buat macam ini? Sebab ia dapat membuka pori-pori kulit, dan masa tengah cukur semua bulu akan senang dibuang bersama akarnya sekali.

SCRUB

Sumber Gambar: https://siraplimau.com/

Selalu orang terlepas pandang untuk scrub badan sebelum bercukur.. Tapi step ni penting tau sebabnya ia dapat mengelurkan sel-sel kulit mati dekat tempat yang kita nak cukur itu, dan lepas bercukur kulit kita akan lebih lembut dan tahan lama!

Jadi dah tahukan apa kesalahan kita yang menyebabkan bulu tumbuh dengan cepat? Jadi, apa kata next time mencukur korang cuba pula tricks ini mesti korang akan puas hati.. Selamat mencuba #Lunagirls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Duit Belanja Sekolah Bertabur?! Aiyokk!

Bakal Pergi Konsert BLACKPINK? Tips Special Untuk Korang!