in ,

Nak Buat Apa Bila Kena Gangguan Seksual?

Bergurau di antara kalangan kawan-kawan memang benda yang baik dan boleh merapatkan hubungan antara kita dengan orang lain lebih lagi kawan sekolah, kawan kerja dan lain-lain. Tetapi dalam bergurau itu pun ada batasnya, tambah pula kalau kawan itu berbeza jantina dengan kita dan pernah tak #Lunagirls dengar tentang isu gangguan seksual? Contohnya dengan secara tiba-tiba kawan kita tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan bergurau sampai membuatkan kita rasa terganggu dan tidak selesa dengan gurauan mereka yang agak lucah? Mungkin antara #Lunagirls semua pernah mengalaminya tetapi ramai anggap ianya normal terjadi atau mungkin kita tak tahu pun yang mereka telah jadi mangsa. Jadi, kalau korang rasa sudah terkena gangguan seksual, korang tahu tak apa yang perlu korang buat? Kalau tak tahu, LUNARIA akan beritahu langkah yang perlu korang buat bila terkena gangguan seksual.

INGAT DETAILS KEJADIAN

via GIPHY

Benda pertama yang paling penting #Lunagirls perlu tahu dan alert adalah korang perlu take note bila kejadian korang kena gangguan seksual seperti waktu, tempat, siapa pelaku dan jenis gangguan apa yang korang kena. Jika tempat awak semua diusik secara seksual itu ada CCTV lebih baik sebab korang boleh minta sebagai bukti untuk buat aduan. Selain dari itu, korang pun boleh rekod kejadian itu secara diam-diam seperti audio dan lain-lain. Jika ternampak ada orang yang cuba menganggu kawan korang pun tapi tak berani sebab dia ada kuasa yang tinggi dari kita. Awak boleh cuba bantu rekod dan lapor. 

INFORM PIHAK TERDEKAT

via GIPHY

Ya, apa-apa pun perkara seperti gangguan seksual ini korang wajib lapor dan beritahu kepada pihak terdekat atau pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan awak semua sama ada di sekolah atau tempat kerja. Awak semua perlu tahu hak dan maruah diri korang itu tak boleh diperlakukan sebegitu rupa dan tindakan yang betul perlu dilakukan adalah kena berani untuk buat laporan dan beritahu kepada orang yang sepatutnya.

BUAT LAPORAN

via GIPHY

Jika pihak sekolah, institusi dan organisasi korang kerja itu tidak ambil sebarang terhadap gangguan seksual yang korang beritahu pada pihak mereka, sebaiknya korang buat laporan polis untuk mereka ambil tindakan undang-undang. Ini kerana memang masih banyak pihak yang anggap isu gangguan seksual ini remeh kerana ada yang menganggap gangguan seksual itu hanya sekadar kes raba dan sentuh. Walhal, gangguan seksual itu melibatkan lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal dan banyak lagi. Oleh sebab itu, kalau pihak terdekat korang tidak ambil sebarang tindakan, teruskan untuk buat laporan kepada pihak berkuasa sahaja ya! 

Gangguan seksual ini sangat memberi kesan yang buruk kepada mangsa. Oleh sebab itu, isu gangguan seksual ini adalah sesuatu yang semua individu dalam kalangan masyarakat kita perlu saling membantu. Dan, benda ini bukan berlaku kepada perempuan sahaja tau! Lelaki pun boleh kena. Selain itu, korang boleh juga belajar cara nak elak kena gangguan seksual dengan sentiasa pakai pakaian yang sopan kalau keluar di tempat awam, belajar asas seni mempertahankan diri supaya boleh elakkan kes gangguan seksual terjadi kepada diri korang sendiri dan bantu orang lain. 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Style Dan Outfit ONZ Untuk Musim Hujan!

Period Tak Menentu, Jom Cuba Doa Ini