in , ,

Nak Bibir Macam Kylie Jenner? Jom ‘Inject’!

Sumber Gambar: http://enchantinglips.com

#Lunagirls suka bibir macam Kylie Jenner? Besar dan sexy! Ha! Tak payah nak inject atau buat #KylieJennerLipChallenge pun.. mengarut semua tu! Haha! Harini Ummi akan share dengan korang, special tips and tricks untuk dapatkan bibir original yang sexy tanpa cucuk-cucuk! Psst, yang penting tak perlu nak keluarkan duit yang banyak.. Plus point untuk kita! Hewhew!

BERUS BIBIR

Sumber Gambar: https://siraplimau.com

Ini adalah cara untuk korang membuang sel kulit mati! Kalau #Lunagirls nak tahu, sel kulit mati akan buat bibir kita lebih gelap tau.. Dengan cara berus bibir, akan tolong nampakkan bibir lembut and pinkish! Sebab ia akan merangsang aliran darah dengan baik.. Ha! Lepas berus jangan lupa pakai lip balm tau!

SCRUB GULA PERANG

via GIPHY

Gula memang terkenal untuk dijadikan lips scrub! Gula perang sebenarnya bagus untuk digunakan untuk melembapkan bibir kita tau girls..Apa yang korang perlu buat adalah dengan campurkan sedikit gula perang bersama madu atau minyak kelapa, kemudian gunakan tuala kecil dan gosokkan di bibir perlahan-lahan! Tapi jangan gosok terlalu lama dan kuat tau, boleh luka bibir tu nanti!

LIP LINER

Sumber Gambar: https://www.fashionlady.in

Selepas dah berus dan scrub bibir, trick terbaik ialah #Lunagirls guna lip liner! Kalau pakai lip liner sebelum pakai lipstick, bibir kita akan nampak lebih kemas dan gebu tau! Ha! Trick penting ni Kylie Jenner pun buat! Dia boleh lukis bibir dia tanpa cermin.. power kan! Kalau boleh gunakan lip liner yang warnanya lebih kurang dengan lipstick yang kita nak pakai tu, supaya bibir tak nampak bibir awkward sangat nanti okay girls?

LIP-PLUMPING GLOSS

via GIPHY

Atau lebih dikenali sebagai “Lip venom!”! Walaupun nama dia agak scary, tapi product ni bagus tau untuk tingkatkan peredaran darah ke bibir! Pada mulanya bibir kita akan nampak bengkak dan lebam.. tapi ia disebabkan oleh bahan semula! Kalau #lunagirls tak yakin dan agak takut dengan cara ni, it’s okay! Korang boleh cuba cara seterusnya ni!

SENAMAN BIBIR

Sumber Gambar: https://www.wanista.com

Selalu orang share pasal bersenam untuk kurus dan sihat, tapi kalini Ummi kongsikan senaman bibir! Cara ni boleh membantu untuk buat bibir kita nampak lebih besar tau.. Hihi! Apa yang #Lunagirls perlu buat adalah muncungkan bibir sambil gerakan ke kiri dan kanan selama tiga hingga lima minit! Jadikan senaman bibir ni sebagai satu rutin harian untuk 4 minggu! Lepas ni mungkin bibir korang akan kalahkan bibir Kylie Jenner! Haha!

Ha! Sebenarnya tak perlu buat pun plastic surgery atau cucuk-cucuk girls untuk dapatkan bibir yang besar dan sexy.. #Lunagirls ikut je tips and tricks Ummi okay? Kalau dah cuba nanti, jangan lupa komen dekat bawah okay? Ummi tunggu akan feedback daripada korang.. Hihi!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Phone Kalis Air Ni Cool Gila!

K-Idol Season’s Greetings 2019 Korang Kena Ada! OMG!