in ,

Nak Beraya Dengan Kawan? Make Sure Buat Ni Dulu…

Sumber gambar: http://eximiustheseventh.blogspot.com/2015/08/konvoi-raya-eximius-10-day-1.html

Next week dah start sekolah balik, bila nak pergi beraya rumah kawan-kawan? Kena tunggu weekend juga la kalau nak beraya sama-sama.

Hi #Lunagirls! Macam mana raya ketiga korang? So far so good? Rendang raya pertama still ada lagi ke? Duit raya dah dapat berapa? Cukup banyak untuk beli phone baru tak? Haha! Since next week korang dah kena masuk sekolah semua, Ainaa ada beberapa tips yang boleh korang guna  untuk plan beraya dengan kawan-kawan…

PLAN AWAL

via GIPHY

Kata orang benda plan ni la yang susah nak jadi. Tapi dalam kes korang ni, apa pun kena jadi juga takut kalau bertangguh, sampai habis sekolah pun tak pergi beraya sama-sama. Let say Sabtu minggu depan korang nak mula beraya, harini juga dah start plan nak ke rumah siapa, pukul berapa nak bergerak, set jumpa dekat mana dan semua la yang berkaitan. Biar plan awal, jangan last minute sangat.

PLAN TRANSPORT

Sumber gambar: http://kepalaayam.blogspot.com/2011/09/mhc-konvoi-raya-2011.html

Of course la korang yang sekolah ni tak ada lesen dan transport kan, kalau nak naik motor pula terhad dua orang je. Minta tolong abang korang jadi ‘driver’ untuk korang semua berjalan dari satu rumah ke rumah yang lain. Tapi jangan lupa bagi duit minyak juga dekat siblings korang tu, tak ada la dia rasa macam driver sungguh.

NAK PERGI RUMAH SIAPA

https://www.kashoorga.com/siapa-yang-boleh-dan-haram-kita-salam-time-raya/

Plan punya plan tapi tak tahu nak beraya rumah siapa? Haa, takkan nak beraya rumah kawan-kawan je? Rumah cikgu korang taknak pergi ke? Waktu ni la korang nak minta maaf dekat cikgu kalau ada salah silap sepanjang dia mengajar. Kalau rumah cikgu korang tu dalam kawasan perumahan yang sama dengan kawan, seeloknya pergi la ziarah dia sekejap. Setakat singgah 15 minit macam tu pun dah cukup, tak perlu la sampai tunggu dinner baru korang nak balik.

BAHAGI MASA

via GIPHY

Kalau kawan-kawan korang ada 20 orang dan kesemua rumah tu korang nak pergi, takkan setiap rumah nak spend masa 30 minit? Kalau boleh set time berapa lama yang patut korang stay dekat rumah kawan tu. At least boleh la rancang perjalanan dari satu rumah ke rumah yang lain. Jangan pula korang main game dekat rumah diorang dah la, risau sampai subuh esok pun tak balik lagi.

Best nya dapat kumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan waktu Hari Raya ni. Soal duit raya tu isu kedua sebab apa yang penting ialah kita dapat mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Raya Bandar Boring? Say No More Girls..

Crushku Rupanya Saudara Jauhku!