in ,

Nak Beli Phone Baru? Ini Phone Budget Untuk Student

Sumber gambar: Pinterest.com

Phone ni dah kenapa.. Kejap-kejap mati sendiri padahal dah charge full tadi…

Zaman sekarang ini handphone merupakan gadget utama yang kita perlukan. Melalui handphone kita boleh dapatkan maklumat dengan pantas. Semasa PKP, segala kerja sekolah akan cikgu sampaikan melalui WhatsApp atau Telegram di phone. Tapi kalau tak ada phone macam mana? So since korang pun masih sekolah, tak semua parents mampu untuk belikan phone mahal untuk korang. Dengan itu, kami akan suggest beberapa phone under budget korang sebagai pelajar sekolah. Kalau nak menabung sendiri pun boleh, asalkan korang ada usaha untuk beli guna duit sendiri…

ASUS ZENFONE MAX PRO2

10 Kelebihan / Kekurangan Asus Zenfone Max Pro M2 - Tokopedia Blog
Sumber gambar: Tokopedia

Jangan ingat phone Asus ini tak power. Sebelum ini, Asus ada keluarkan model phone Asus Zenfone Max Pro M1, tetapi kini dengan Asus Zenfone Max Pro M2, ada banyak penambahbaikan antaranya ialah skrin lebih besar, prestasi kamera lebih baik serta ketahanan bateri yang lebih bagus. Skrin ditambah menjadi sebesar 6.3 inci dan ketahanan bateri juga dimuatkan sebanyak 5000 mAh bateri, macam powerbank ya guys! Kalau korang jarang main phone, mungkin dua hari pun cukup untuk digunakan tanpa caj. Cuma ia tidak didatangkan dengan fast charging. Kamera untuk phone ini menampilkan dua kamera berserta dengan 12 Megapixel untuk kamera belakang dan 13 Megapixel bagi kamera hadapan. Siap ada face ID ya. Untuk harga pemulaan ialah RM849 bagi model 4GB/64GB dan juga RM999 untuk model 6GB/64GB.

HONOR 9X LITE

Honor 9X Lite : prix, fiche technique, test et actualité ...
Sumber gambar: Frondroid

Sekali pandang terus jatuh cinta sebab warnanya yang cantik iaitu pilihan antara Midnight Black dan juga Emerald Green, mana satu yang cantik? Lebih lagi apabila terkena pantulan cahaya bertambah cantik sebab menambahkan ciri eksklusif. Sekarang ini memang trend kamera beratur, so Honor 9X Lite pun tak terlepas dengan susunan kamera di bahagian belakang. Didatangkan dengan skrin seluas 6.5 inci bersama dengan kualiti gambar yang jelas membuatkan pengguna berpuas hati. Korang akan rasa lebih puas hati sebab kamera HONOR 9X Lite ini mempunyai definisi tinggi iaitu 48MP yang dapat merakam gambar secara HD. Jangan risau sebab hasil gambar kamera HONOR 9X Lite ini tak fake. Walaupun baterinya kecil iaitu hanya 3750mAH, tapi kalau nak buat main game bolehlah tahan beberapa rank PUBG. Harga pun tak ada mahal sangat, hanya RM699 sahaja.. mampu milik tak?

REDMI 9

Xiaomi's budget Redmi 9 has arrived in Malaysia, going for as low ...
Sumber gambar: Soyacincau

Dengan harga serendah RM499, Redmi 9 sedia memberikan pengalaman menarik kepada pengguna dengan kemampuan kamera serta prestasinya yang luar biasa. Didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci akan membuatkan pengguna rasa puas hati. Kamera untuk Redmi 9 iaitu sebesar 13MP wide-angle camera dan juga 8MP ultra wide-angle camera. Walaupun harganya rendah tetapi Redmi 9 mempunyai Security Rear fingerprint sensor dan juga face ID unlock. Bukan itu sahaja ya, baterinya juga tahan lama iaitu sebanyak 5020mAH berserta dengan fast charging.

SAMSUNG GALAXY A21S

Samsung Galaxy A21s Price in Malaysia, Specs, Camera & Reviews
Sumber gambar: Samsung

Selain Apple, Samsung juga antara salah satu telefon pintar yang menjadi pilihan ramai pengguna. Salah satu sebabnya ialah kerana ketahanan bateri sebesar 5000mAh dengan teknologi fast charging serta harganya yang mampu milik. Buktinya Samsung Galaxy A21a juga menawarkan harga serendah RM939 dengan 6GB RAM dan juga 64GB storage. Keluasan skrin yang sangat puas hati iaitu 6.5 inci berserta HD. Kamera selfie juga sebesar 13MP bersama dengan main camera sebesar 48MP. Memang puas hati bila nak selfie ramai-ramai guys. Nama pun teknologi semakin maju jadi Samsung Galaxy A21s juga mempunyai fingerprint sensor berserta face ID unlock.

Ingat, pakai phone ini bukan nak menunjuk-nunjuk siapa paling mahal atau paling power. Apa pun jenis phone yang korang pakai, gunakanlah ia dengan baik.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis Inner Tudung Yang Sesuai Mengikut Rambut

Sempena Bulan Kemerdekaan, Ini Diskaun Makanan Menanti Kita!