in ,

Nak Bela Haiwan Liar Kena Ada Lesen Sah!

Sumber gambar: https://www.b4blaze.in/bond-with-lions/

Girls, korang ingat tak waktu Hari Raya haritu ada kes seorang artis perempuan kantoi simpan beruang matahari dekat rumah dia. Actually kita kena ada lesen yang sah kalau nak bela haiwan terancam macam tu dan bukannya suka-suka bela macam jaga anak kucing. Jom Ainaa share dekat korang beberapa lagi haiwan liar yang perlukan lesen sah kalau kita nak bela.

KUCING HUTAN

Sumber gambar:https://www.catlovers.id/kucing-hutan-dilarang-dipelihara-di-rumah-apa-ya-penyebabnya/

Nampak macam biasa je sebab ianya dalam keluarga spesis kucing, tapi kucing hutan ialah haiwan liar yang semakin terancam. Kucing hutan ni agak besar berbanding kucing biasa dan selalu jumpa dekat Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Hati-hati ya sebab kucing hutan ni agak garang dan perlukan masa yang lama untuk dijinakkan.

MUSANG PANDAN

Sumber gambar: https://kuyahejo.com/musang-pandan/

Baunya sangat wangi seakan-akan pokok pandan dan senang dijinakkan. Musang pandan lebih banyak habiskan masa dekat pokok dan jarang turun ke bawah untuk cari makanan. Makanan favorite musang pandan ialah buah-buahan, serangga dan cacing tanah. BTW, kalau korang nak tahu tak, sebenarnya kopi luwak diperbuat daripada najis musang pandan!

MONYET YAKI

Sumber gambar: https://www.greeners.co/flora-fauna/monyet-hitam-sulawesi-si-hitam-berjambul/

Nama sebenar monyet Yaki ialah monyet hitam atau nama latinnya Macaca nigra dan ia berasal dari Sulawesi Utara. Monyet Yaki lebih suka hidup dalam kelompok antara lima hingga tujuh ekor. Apa yang cute tentang monyet Yaki ni ialah mereka suka simpan makanan dekat pipi sebab sambil berjalan mereka akan kunyah makanan. Macam hamster suka simpan makanan dekat pipi! So cute!!

BURUNG HANTU TYTO ALBA

Sumber gambar: https://www.asianagri.com/en/medias/media/articles/tyto-alba-the-silent-guardian-of-oil-palms

Burung hantu Tyto Alba atau dikenali sebagai Serak Jawa atau burung hantu putih ni agak besar berbanding burung hantu biasa yang kita nampak atas bumbung jiran tu. Apa yang membezakannya dengan burung hantu biasa ialah kedudukan paruh, warna bulu tu sendiri dan bentuk mukanya seakan-akan ‘heart’. Burung hantu ni banyak terdapat dekat kawasan kelapa sawit.. Kalau ada antara #Lunagirls dekat kampung ada kawasan kelapa sawit, boleh try usha burung ni!

Daripada korang bela haiwan liar ni semua, ada baiknya kalau korang bela je kucing jalanan. Tak perlukan lesen pun kalau nak bela kucing jalanan, at the same time korang dapat pahala sebab selamatkan mereka!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kata BFF Tapi Kenapa Kena Perangai Buruk Macam Tu?

OMG! Oppa Jimin Nak Jadi Prince Eric?