in ,

Nak Atasi Fobia? Fight It Girls!

Sumber Gambar: https://blog.mindsolace.com

Hidup dengan fobia bukanlah benda yang mudah, walaupun hanya bayangan dan mendengar nama objek yang ditakuti boleh membuat mereka merasa cemas. Disebabkan keadaanΒ  itu, mereka akan terus menerus menghindari objek tersebut. Ha! #Lunagirls ada fobia ke dan tengah mencari cara atasi fobia? Jom! baca artikel LUNARIA ni.

MENCARI APA YANG DITAKUTKAN

via GIPHY

Bertanya pada diri sendiri kenapa korang fobia pada benda itu? Contoh korang takut nak pergi klinik sebab takut kena cucuk dengan jarum, dalam keadaan sebegini apa yang korang perlukan adalah berfikir untuk baik juga sihat dan jangan sesekali memikirkan jarum sebab tak semesti sakit je kena cucukkan?

TULIS TUJUAN

via GIPHY

Mungkin sempena azam 2019 ni korang boleh kot berazam untuk mengatasi dan melawan fobia yang korang alami. Caranya dengan menulis mengapa korang takut akan fobia itu, mencari jalan penyelesaian dan cara untuk cuba untuk melawan.Β  Sekiranya korang mencuba pasti sikit demi sedikit akan hilang rasa ketakutan itu.

BERSIKAP POSITIF

via GIPHY

Dalam setiap pemulihan, korang harus selalu bersikap positif. Jangan sesekali ada negative think dengan benda yang korang takutkan tu, sebab ia akan mengacau lagi pemikiran korang dan menerukkan lagi fobia.

BAGITAHU ORANG LAIN

via GIPHY

Korang juga perlu memberitahu orang lain bahawa korang ada fobia dengan benda-benda tertentu, jangan sesekali diam kerana takut mereka mengajak korang melakukan benda yang korang takuti. Nanti nak bersuara malu, tapi dalam hati sakit menahan rasa cemas dan takut. Jadi jangan sorok ye #Lunagirls.

Nampakkan macam mana cara terbaik untuk melawan fobia? Kalau korang ada fobia, korang kena fight tau. Jangan sesekali biarkan fobia menghantui hidup korang, nanti banyak benda yang tak boleh dibuat. Cuba selagi boleh #Lunagirls, jangan give up okay. You Go Girl!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Dapat Likes Flatlay Makanan Di Instagram!

Tidur Petang Boleh Tajamkan Daya Ingatan!