in ,

Naim Daniel Ready Untuk ‘Berperang’ Di AJL 34

Sumber gambar: Lunaria

“Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya… terangilah gelapku walau dalam gelita…”, aicewah! Sambil baca korang sambil nyanyi tak? Hehe! Siapa sahaja yang tak kenal dengan Naim Daniel antara yang termuda dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk kali ke 34. Baru sahaja semalam Zoe jumpa Naim Daniel tau! Dia memang baik dan peramah sangat orangnya. Khas untuk Naimians iaitu peminat kesayangan Naim, Zoe ada tanya beberapa soal dekat dia. Iyalah mana tahu ada yang busy dengan sekolah sampai korang tak sempat nak update dengan perkembangan Naim Daniel.

Sumber gambar: Lunaria

Seperti yang kita tahu, AJL akan diadakan pada 9 Februari dan Naim sangat terbaik sebab persiapan AJL dia untuk lagu Sumpah sudah 80% tau! Dan lagi 20% adalah persiapan untuk dia rehearsal sahaja di Axiata Arena itu nanti. Naim juga siap cakap yang lagu Sumpah kali ini akan ada kelainan sebab ia belum pernah disampaikan di pertandingan yang berskala besar seperti AJL dan sebelum ini lagu Sumpah lebih banyak disampaikan di show lain dan ini merupakan kali pertama lagu Sumpah akan dibawakan.

Sumber gambar: Lunaria

Bukan setakat itu sahaja, Naim juga cakap yang dia akan enhance lagu Sumpah dari segi emosi dan melalui arrangement lagu yang dibuat oleh Aubrey Suwito salah seorang pengkarya paling hebat di tanah air. Naim tidak ada sebarang keraguan dengannya dan mereka telah pun melakukan rehearsal few times dan sudah tak sabar untuk persembahkan lagu Sumpah di AJL nanti.

Sumber gambar: Lunaria

Sebut tentang bagaimana cara persembahan dan lain-lain, Naim Daniel juga ada surprise tau untuk korang semua! Sebab dia akan guna beberapa props dan kejutan khas untuk Naimians. Jadi korang tinggal datang beri sokongan padu sahaja ya pada Naim 9 Februari ini! Zoe ada tanya juga pada Naim siapa antara pesaing paling besar Naim dan memang humble sungguh ya Naim ini sebab dia siap kategorikan, dari segi vokal adalah Aina Abdul, Ernie Zakri dan Hazama adalah antara pesaing sengitnya. Dari segi muzik dan lain-lain, Naim kata Akim and The Majistret memang not bad dan Aman RA pun boleh jadi antara pesaing terdekat Naim sebab Aman RA mempunyai karisma yang tinggi bila berada di atas pentas. Ala, Naim pun mesti boleh buat punya! Good luck and all the best okay!

Sumber gambar: gempak

Selain itu, Naim juga ada banyak benda best tahun 2020 ini khas untuk peminat sebab katanya insyaAllah dalam tahun ini dia akan mengeluarkan debut full albumnya tau! Dan dalam album itu akan ada single terbarunya Sembah featuring Man Kidal akan keluar selepas AJL 34 dan akan ada kolaborasi dengan artis lain seperti Ismail Izzani, Fazz Ahmad dan Hujan! Woah! Mesti ramai yang tak sabar! Bukan itu sahaja, malah Naimians pun korang kena get ready sebab tak silap akan keluar merchandise dan Naim Daniel punya tour tau. Dah ada album, merchandise, tour, lepas ini apa lagi ya Naim?

 

View this post on Instagram

 

Eh macam kenal je! #Lunagirls tahu tak? 😜😜😜 Jangan lupa follow TikTok kita! ID: Lunariamy

A post shared by Lunaria (@lunariamy) on

Seterusnya, selepas AJL juga Naim akan mula shooting drama terbaru yang bertajuk Next Station Jodoh dan ada lagi beberapa drama tapi korang jangan risau sebab Naim akan keep update dengan korang di media sosialnya dan untuk siapa yang tak tahu baru-baru ini pun ada drama untuk AJL iaitu Lagu Untuk Suri yang  baru sahaja ditayangkan. Akhir sekali, kalau korang nak tahu.. baru-baru ini kecoh tentang Naim edit gambar dengan Rose Blackpink, dan sebenarnya dia dah lama lah minat K-Pop sebab katanya dia dibesarkan dengan lagu-lagu FT ISland, 2PM, SS501, Super Junior dan mereka semua itu adalah antara bias Naim semasa membesar tetapi sekarang ini dia cuma setia dengan Rose Blackpink sahaja setakat ini. Hehe! Eh! Kita genglah Naim sebab bias Zoe dalam Blackpink pun Rose!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments