in ,

MV How You Like That Dikecam Sebab Tak Hormat Agama Hindu?

Sumber gambar: youtube.com/BLACKPINK

Mesti ramai yang dah tonton muzik video How You Like That oleh BLACKPINK baru-baru ini. Ia trending nombor 1 dengan lebih dari 165 Juta tontonan setakat ini. Pada hal, baru sahaja dilancarkan pada 26 Jun lalu! Woah! Memang gempak betul BLINKS! Mana tidaknya setelah lebih setahun mereka menanti comeback idol kesayangan mereka, of course! Ramai yang suka.

Walaupun dah dapat banyak tontonan, sudah pasti mereka tidak akan terlepas dengan beberapa kontroversi juga. Ini sebab apa bila ada peminat yang beragama Hindu mereka mendakwa bahawa agensi YG Entertainment dan BLACKPINK tidak menghormati budaya dan agama mereka. Aik.. kenapa pula?  

Sumber gambar: pink villa

Jadi, kalau korang perhatikan secara teliti dalam muzik video tersebut, ada peminat yang berbangsa India dia ternampak dan sedar sewaktu adegan solo Lisa yang mana waktu itu dia tengah duduk di atas takhta. Kalau korang tengok dengan lebih dekat, terdapat patung dewa Hindu Ganesha yang diletakkan di atas lantai betul-betul bersebelahan Lisa. Sudah pasti bagi peminat yang beragama Hindu mereka merasakan itu adalah satu yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati agama lain. 

Untuk pengetahuan korang, dalam agama Hindu, Ganesha adalah salah satu dewa utama yang disembah dan dihormati sebab ia adalah lambang kebijaksanaan, penghalang segala kesusahan dan sebagai pelindung. Jadi, ramai lah yang kritik MV ini sebab orang Hindu percaya bahawa patung dewa seharusnya diletakkan lebih tinggi dan bukannya di atas lantai. Lebih lagi, dalam video itu Lisa pakai kasut dan dia dikatakan tidak menghormati sebab kasut tidak dibenarkan untuk berada dekat dengan patung, kuil dan lain-lain.

Sumber gambar: koreaboo

Walau bagaimanapun, ramai peminat lain percaya Lisa sudah pasti tidak akan mempersendakan budaya India sebab patung Ganesha itu juga disembah di Thailand tetapi lebih dikenali dengan nama Phra Phikanet dan kalau di Thailand pula patung itu adalah lambang salah satu akademi seni terkemuka di Thailand iaitu di Fakulti Keseniaan, Universiti Silpakorn. Jadi, mana mungkin Lisa nak persenda budaya lain? Sebab kalau dah kepercayaan di Thailand lain, sudah pasti dia akan ikut kepercayaan dia pula.

Sumber gambar: facebook university of silpakorn thailand

Ia jadi lebih kecoh apabila peminat berbangsa India mula trending kan hashtag #Ganesha dan #YGapologise bagi menuntut maaf untuk memperbaiki adegan yang muzik video How You Like That. Mereka juga cakap yang sebenarnya Lisa tidak salah dalam hal ini tetapi mereka cuma nak permintaan maaf daripada YG Entertainment sebab tak buat research menyeluruh. Hmm, kalau bab agama ini mesti orang sensitif. Akhirnya, agensi YG Entertainment telah mengambil tindakan baru-baru ini dengan membuang patung itu dari scene. Harapnya selepas ini hal ini telah diselesaikan dengan baik dan tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trend Rambut ‘Skunk’ Jadi Tarikan Semula

Penyanyi Ini Pernah Buat Gimik Untuk Single Baharu