in ,

Muzik Genius K-Pop Idol Yang Paling Dikehendaki Dalam Industri

Sumber gambar: weheartit.com/wollye_x

Perjuangan nak menjadi seorang K-Pop idol memang tidak mudah, namun masih ada lagi yang suka memandang rendah dengan usaha mereka. Padahal, ramai sahaja K-Pop idol yang mempunyai bakat hebat yang lain, sebagai contoh, mereka juga mampu menghasil dan mencipta lagu sendiri. Malah, ada banyak lagu yang dicipta mereka juga memang mendapat sambutan dan mampu bertahan dalam carta muzik dan hit. Jadi, jom kita tengok K-Pop idol mana yang sering digelar ‘Music Genius’.

G-DRAGON

 

View this post on Instagram

 

🎬

A post shared by 권지용(權志龍) (@xxxibgdrgn) on

Selalu dipandang dengan gayanya yang luar biasa dan moden. G-Dragon bukan setakat mampu berjaya bersama Big Bang, malah sebagai artis solo dan pemuzik pun dia berjaya. Selain lagu yang selalu G-Dragon cipta untuk Big Bang, dia juga selalu mencipta lagu untuk album solonya sendiri dan sering mendapat sambutan. GD juga pernah mencipta lagu untuk show Infinite Challenge seperti Mapsosa, Having An Affair dan Going To Try.

ZICO

 

View this post on Instagram

 

장발코👩‍🦰

A post shared by 지 아코 (@woozico0914) on

Walaupun Block B sekarang ini dilihat lebih aktif membuat hal mereka masing-masing. ZICO adalah salah seorang pemuzik yang mampu bergerak secara solo juga. Bukan setakat lagu Any Song yang viral baru-baru ini mendapat perhatian. Malah, lagu barunya yang berkolaborasi dengan lagenda K-Pop, RAIN juga mendapat perhatian dengan lagu Summer Hate.

B.I

 

View this post on Instagram

 

📷📸 . #iKON #아이콘 #VOGUE #VOGUEKOREA #보그코리아 #6월호 #YG @voguekorea

A post shared by iKON(아이콘) GET READY, SHOWTIME! (@withikonic) on

Mesti ramai yang rindu dengan B.I, iyalah mana tidaknya. Nama B.I lebih dikenali sebagai salah seorang anggota iKON tetapi sayangnya disebabkan beberapa hal, dia memilih untuk berehat dari industri muzik dahulu. Kalau korang nak tahu, sewaktu aktif sebagai iKON, B.I adalah antara orang kuat yang selalu menyumbangkan ideanya dalam pembikinan lagu. Sehingga saat ini, masih belum lagi ada apa-apa perkembangan dari B.I tetapi kalau korang selalu buka aplikasi soundcloud, mesti korang akan nampak beberapa demo lagu yang B.I muat naik. Hehe!

MIN YOONGI

 

View this post on Instagram

 

⠀ #AgustD #D_2 #대취타

A post shared by BTS official (@bts.bighitofficial) on

Selain aktif dalam mengisi bahagian rap di dalam lagu BTS sendiri. Min Yoongi atau Suga BTS juga dikenali sebagai seorang produser lagu yang memang laku habis. Ini sebab sudah ramai penyanyi yang nak Suga berkolaborasi menjadi salah seorang produser dan berduet dalam lagu mereka. Antara lagu yang berjaya mendapat carta adalah hasil kolaborasi Suga bersama IU, Heize, Lee Sora, Suran, Epik High dan Halsey. Mixtape solonya Agust D-2 juga mendapat perhatian yang sangat baik baru-baru ini.

JUNG JINYOUNG

 

View this post on Instagram

 

정말 행복하고 즐거운 시간이었습니다 모두 조심히 돌아가세요^^ #진영

A post shared by b1a4 jinyoung (@jinyoung0423) on

Siapa juga sangka yang Jinyoung yang kini aktif dalam dunia lakonan ini pun mampu menjadi salah seorang muzik genius. Jinyoung, juga pernah mencipta lagu semasa dia aktif sebagai anggota B1A4. Bukan setakat itu sahaja, malah Jinyoung juga pernah menciptakan sebuah lagu untuk salah satu girl group bagi rancangan I.O.I iaitu When The Cherry Blossoms Fade.

Sebenarnya, bukan setakat mereka sahaja tau yang mempunyai bakat seperti ini. K-Pop idol yang lain juga ramai juga yang memang berbakat bukan sahaja dalam mencipta lagu sendiri. Malah ada yang pandai melukis, berlakon, mengacara, bersukan dan lain-lain. Jadi, memang tidak dapat dinafikan K-Pop idol ini memang ramai yang layak digelar multi-talented sebab itu ramai peminat sayang pada mereka, betul tak? 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesan Bath Bomb Kepada Kulit Badan Dan Vagina

4 Selebriti Bakal Tamat Latihan Ketenteraan, Welcome Home Oppa!