in ,

Musim Banjir Hampir Tiba, Selamatkan Barang Ini Dulu

Sumber gambar: saudari.com

Hujung tahun ini, berita yang akan kerap kita tonton di kaca televisyen adalah tentang musim tengkujuh di mana akan sentiasa hujan dan boleh menyebabkan kesan banjir teruk di beberapa kawasan lebih lagi di negeri belah timur. Biasanya, mesti ramai yang sudah melakukan persiapan untuk menyelamatkan beberapa barangan yang penting supaya tidak ada kerugian yang besar bila banjir mula reda nanti, betul tak? Kebanyakan pusat penempatan bagi mangsa banjir pun mesti sudah ada yang membuat persediaan jika banjir berlaku pada tahap yang teruk. Kalau barang rumah, sudah pasti kita sudah tolong ibu dan ayah untuk letakkan ia di tempat selamat tapi kalau untuk barang peribadi, awak semua sudah tahu ke nak selamatkan yang mana dahulu? Okay, kalau tidak tahu biar kami share dengan korang barang apa nak diselamatkan utamanya untuk korang yang bersekolah.

DOKUMEN DIRI

Sumber gambar: Akademik Perak Tengah

Macam dokumen diri, korang boleh saja untuk failkan semuanya seperti salinan rekod peperiksaan ke, kad pengenalan, surat beranak dalam satu fail. Tak kisahlah apa sahaja dokumen yang penting untuk korang mohon sesuatu di masa depan nanti. Pastikan ia tidak basah sebab nanti kalau basah. Korang kena pergi ke pusat pendaftaran untuk buat semula. Kan itu dah satu kerja.Β 

BUKU SEKOLAH

Sumber gambar: Carousell

Untuk seterusnya pula, buku sekolah lah kawan-kawan. Hehe! Contohnya, buku teks dan buku tulis. Selamatkan mana yang penting saja. Kan banjir ini sesuatu yang tak dapat dijangka. Mana tahu ada yang sudah dapat buku teks untuk tahun depan, it is better kalau korang selamatkan awal-awal.

GADJET

Sumber gambar: The Verge

Haa ini penting! Benda pertama yang korang akan selamatkan siap-siap! hehe betul tak? Baguslah! Gadjet ini pun penting juga. Tapi bukan phone saja tau yang kita kena selamatkan malah laptop, tablet, gamepod dan lain-lain. Gadjet kalau basah, habislah duit korang nak pergi repair balik nanti.Β 

UBAT-UBATAN

Sumber gambar: SEBENARNYA.MY

Okay, macam ubat-ubatan pula, kita mesti ada peti kecemasan betul tak? Jadi masukkan segala ubat dalam tu okay? Contohnya macam panadol, minyak angin, minyak gamat, dan ubat ubatan yang lain. Bukan itu saja, bagi sesiapa yang ada sakit seperti kencing manis, darah tinggi, asma ataupun penyakit lain. Korang pun kena selamatkan ubat korang tau! Sebab waktu banjir ini macam-macam benda boleh jadi. Kalau ubat dah tak selamat, korang nak pergi beli ubat di mana pula musim banjir ini? Tak akan nak redah pergi farmasi musim banjir ini. Kang bahaya pula.

PAKAIAN

Sumber gambar: Selka

Ha kalau pakaian pula, korang mesti akan selamatkan baju dan seluar korang betul tak? Jadi, lebih baik kalau korang selamatkan pakaian-pakaian yang penting macam baju sekolah atau baju favourite korang, nanti menangis tak berlagu pula nak cuci semula pakaian yang dah kotor kena air banjir itu.

Untuk pengetahuan awak semua, tolong pastikan beg kecemasan untuk bawa barang ini adalah kalis air. Begitu juga untuk barang rumah. Selain itu, pastikan juga semua suis elektrik di rumah korang perlu ditutup paling penting adalah suis utama. Selepas itu, letakkan barang yang tidak perlu dibawa ke pusat penempatan itu di tempat yang tinggi selepas disimpan dalam beg kalis air. Iyalah, kita tak nak apa-apa jadi. Mana tahu sudah letak ditempat tinggi, tiba-tiba air makin naik dan barang itu jatuh. Sia-sia saja basah. Untuk barang yang amat penting pula, make sure korang bawa sekali supaya tidak hanyut dimana-mana, just in case… hehe!Β 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tempat Paling Sesuai Untuk Pergi Family Day

Kenapa Period Lambat? Normal Ke?