in ,

Music Video K-Pop Paling Deabak 2019!

Sumber gambar: nme.com

Shout out to KPOPERS!

Bila keluar MV baru, kita akan cepat-cepat search online nak jadi yang pertama tengok. Sekarang ini, ada pelbagai jenis dan stail MV yang power. Ada yang buat konsep sedih heart broken, konsep I dan macam-macam lagi. Memandangkan lagi satu bulan sahaja sebelum ke penghujung tahun 2019, jom kita tengok beberapa list video K-Pop yang paling hit tahun 2019 yang mencapai jutaan tontonan penonton yang bukan beshe-beshe!

ATEEZ – WONDERLAND

Walaupun baru empat minggu release di YouTube, Ateez telah meraih lebih 32 juta tontonan untuk MV mereka iaitu Wonderland. Kalau korang nak tahu, Ateez merupakan rookie group yang baru sahaja debut pada Oktober tahun lalu. Lagu Wonderland juga adalah salah satu lagu dari full album pertama mereka yang berjudul TREASURE EP.FIN: All To Action yang juga baru sahaja release Oktober lalu. Siapa yang belum tengok, korang wajib tengok sebab semua anggota Ateez punya persona dalam tarian sangat charming and sexy. 

CHUNG HA – GOTTA GO

Single kedua Chung Ha yang berjudul Gotta Go sudah pun mencapai 43 juta tontonan di YouTube. Dan bagi sesiapa yang tak tahu, lagu Gotta Go adalah tentang kena balik rumah sebelum pukul 12 malam dan sebab itu juga Byulharang iaitu peminat Chung Ha pun gelarkan ini lagu Cinderella. Woah! Memang comellah korang! Dan lagu Snapping baru ini juga not bad sebab dah capai 40 juta tontonan walaupun baru empat bulan. 

EVERGLOW – ADIOS 

Goodbye, au revoir, adios… Goodbye, au revoir, adios…”, ha! Ini mesti ramai pernah dengar di corong radio,betul tak? Tahu tak lagu ini baru sahaja dua bulan ada di YouTube tapi sudah mencapai lebih 72 juta tontonan walaupun mereka adalah rookie group yang baru sahaja debut bulan Mac lalu. Woah! Memang hebat! Lebih lagi mereka bukan di bawah naungan agensi yang tidak terlalu popular seperti BIG 3 yang orang selalu sebutkan.

BTS FT. HALSEY – BOY WITH LUV 

Ini kalau tak masuk dalam list memang tipu sangat! BTS featuring Halsey dalam lagu Boy With Luv dah raih lebih 603 juta tontonan di YouTube tau! Dan dalam video ini pun sangat unik sebab kita boleh tengok Halsey yang kurang tahu menari tarian Pop pun boleh menari sama-sama dalam Boy With Luv dan ramai sangat ARMY yang memang adore dengan friendship antara anggota BTS dengan Halsey sebab comel sangat. Lebih lagi bila Halsey selalu dikenakan dan di tease oleh J-Hope dan Jimin sewaktu dia nak menari.

BLACKPINK – KILL THIS LOVE 

Walaupun sekarang mereka tengah berehat, masih ramai yang suka stream lagu Kill This Love oleh BLACKPINK ini dan sekarang ini video ini dah raih 641 juta views di YouTube! Memang hebat semua Pop queen ini! Ada juga yang rajin buat cover dance lagu ini.. Fuh! Dahsyat mereka hafal dance steps..

Jadi macam mana you alls? Ada tak idola K-Pop korang dalam list video K-Pop yang paling hit tahun 2019? Kalau ada, ini semua sebab korang yang sentiasa streaming video mereka! Kalau ada yang tak masuk dalam list mungkin korang kena stream banyak kali lagi okay! Atau sebenarnya ada saja selain dalam list yang dah capai lebih dari jutaan tontonan yang ada dalam list ini tapi seperti Twice – Feel Special, Stray Kids – MIROH, TXT – Crown dan banyak lagi! Lepas ini, kalau mereka release new music video, apa kata korang cepat-cepat stream? Barulah idola korang boleh masuk one of hit music video of the year! Hehe! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tidur Sebenarnya Boleh Buat Kita Cantik!

Sukan Indoor Untuk Meriahkan Cuti Sekolah