in ,

Music Show Favourite Peminat K-Pop, Korang Suka Yang Mana?

Sumber gambar: blog.bnbhero.com

Kalau nak dibanding dengan program muzik tempatan, program muzik di Korea memang ada banyak sangat. Setiap minggu, atau bulan, mereka akan lakukan pertandingan di antara lagu-lagu baru dan melalui carta undian para peminat, K-Pop idol yang meraih undian tertinggi akan menang. Bukan setakat itu sahaja, melalui program muzik mereka juga lah, akan ada banyak sangat fancam yang peminat K-Pop selalu layan untuk lihat bias mereka. Hehe! Jadi, jom kita dengan tengok music show mana yang sentiasa ada dalam list program muzik peminat K-Pop.

INKIGAYO

Sumber gambar: soompi

Inkigayo adalah satu music show yang dah mula sejak tahun 1991 tau! Sejak dulu ia bersiaran langsung melalui TV SBS dan ia akan berikan best-performing single award of the week kepada K-Pop group terbaik pada minggu itu. Undian mereka juga diukur melalui perkhidmatan muzik dalam talian domestik sebanyak 55%, media sosial dan YouTube 30%, masa tontonan on-air 10%, penonton yang berada di acara dan juga penjualan album 10%. 

MUSIC BANK

Sumber gambar: dj digital

Merupakan satu music show yang selalu bawa dan paparkan koleksi lagu blockbuster yang popular di Korea. Memang kebanyakan penyanyi yang masuk dalam Music Bank ini pun adalah penyanyi dan K-Pop idol yang popular sangat. Lagu yang dipersembahkan juga adalah latest trend di Korea dan dalam K-chart ini pula semuanya lagu yang panas dalam carta!

M! COUNTDOWN 

Sumber gambar: amino

Kalau korang yang peminat K-Pop pernah dengar M!net Asian Music Awards (MAMA) acara anugerah yang sangat popular di Korea, ha! M! Countdown ang satu ini adalah dibawahnya juga! Ia sangat popular juga sebab disiarkan secara langsung setiap hari Khamis. Peminat di antarabangsa juga siap boleh tonton sekali sebab mereka sentiasa ada live streaming khas. 

THE SHOW

Sumber gambar: mtv asia

Antara salah satu rancangan music show yang selalu juga mendapat tontonan peminat di seluruh Asia sebab ia disiarkan di SBS MTV atau kalau rumah korang ada MTV Asia itu, memang korang boleh lah layan The Show ini setiap selasa! Ada 18 buah negara di Asia tau yang boleh tonton acara The Show termasuk lah Malaysia!

SHOW CHAMPION 

Sumber gambar: twitter team aq2

Pun sama seperti acara muzik yang lain tetapi untuk Show Champion, undian untuk penyanyi memenangi carta akan dikira melalui beberapa peratusan dan ia akan berubah mengikut setiap peredaran perkembangan muzik. Pemenang Show Champion akan mendapat gelaran Champion Song, dan untuk K-Pop group yang paling hangat pun akan menang Issue Champion, dan rookie terbaik episod akan mendapat gelaran Rookie Champion. Sementara itu, peminat dan penonton yang memberikan banyak mata semasa siaran langsung rancangan itu juga akan digelar Rookie Survival. 

Kalau korang tengok, memang ada banyak acara muzik di Korea Selatan. Iyalah, kalau korang tengok dengan lambakan para K-Pop idol pun memang tidak terkira. Jadi memang wajar sangat kalau mereka ini ada banyak music show dan penonton pun masih ramai sebab ia memang akan ada sambutan setiap minggu. Woah! Mesti gigih kan yang peminat K-Pop ini berusaha untuk undi lagu idol kegemaran korang kan! Hehe! 

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rahsia Kecantikan Son Ye-Jin Kalahkan Lisa BLACKPINK

Mulakan Fasa Baru, Nabila Razali Unfollow Semua Orang…