in ,

Mulakan Fasa Baru, Nabila Razali Unfollow Semua Orang…

Sumber gambar: Instagram Nabila Razali

Seriously Nabila Razali unfollow semua orang dekat Instagram dia? Kenapa buat macam tu? Ni mesti gimik lagu baru ni kan? Macam lagu Pematah Hati tu kan…

Ini ialah perkara pertama yang Ainaa sendiri terfikir bila dapat tahu Nabila Razali unfollow kesemua orang dekat Instagram milik dia. Boleh jadi itu hanya la gimik daripada Nabila sendiri macam yang dia pernah buat sebelum ni. Rasanya bukan Ainaa seorang sahaja yang fikirkan perkara itu, mesti korang pun terfikir macam tu kan? For those yang tak tahu, Nabila sudah pun mempunyai lagu baharu berjudul Peluang Kedua yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini sendiri.

Sumber gambar: Instagram Nabila Razali

Kalau korang perasan minggu lepas nama Nabila Razali sekali lagi disebut disebabkan satu klip nyanyiannya yang kelihatan terkucil walaupun nyanyian itu dilakukan secara live. Ada satu part bila Nabila nak tarik, suaranya kedengaran agak sumbang sedikit dan disebabkan itu ramai netizen mengecam cara nyanyian penyanyi berusia 28 tahun itu.

Selepas kejadian itu terjadi, Nabila merasakan bahawa ada pengajaran yang dia dapat daripada perkara tersebut. At the same time dia juga telah belajar erti persahabatan… Hmm apa maksudnya tu ya? Adakah ada apa-apa terjadi disebalik kejadian itu? Apa pun mungkin perkara tersebut hanya diketahui oleh Nabila sendiri.

Waktu video tersebut menjadi bahan gelak ketawa netizen, Nabila dikecam habis-habisan oleh ramai netizen. Ada juga yang beranggapan bahawa Nabila tidak sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut dan ia sepatutnya diberikan kepada penyanyi lain. Amboi korang ni jangan la sampai cakap macam tu sekali. Ada sebab kenapa Hael Husaini memberikan lagu tersebut kepada Nabila berbanding penyanyi yang lain. Kalau tak suka jangan la sampai korang kecam dia macam tu sekali, kesian Nabila terpaksa lalui sekali lagi fasa tersebut.

Namun, walaupun dia unfollow semua list following dekat Instagram miliknya, itu tidak bermaksud dia ‘membuang’ semua kenalan rapatnya. Mereka masih lagi akan berhubung melalui medium lain, bukan hanya di Instagram sahaja.

View this post on Instagram

Bad news is : You cannot make people like, love, understand, accept or be nice to you. Good news is : It doesn’t matter. #KeepShiningYourWay ✌🏻#spreadpositivity

A post shared by Second Chance 💔 (@nabila.razali) on

Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlulah diperbesarkan cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik. Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej.

Kata Nabila menerusi temubualnya bersama dengan sebuah portal hiburan tempatan. Nampaknya kejadian tersebut benar-benar memberi kesan yang besar dalam hidup Nabila sekali lagi selama dia bergelar penyanyi. Just imagine betapa ramainya netizen yang memberi kata-kata negative terhadap cara nyanyian Nabila walaupun dia sudah bergelar penyanyi selama tujuh tahun. Ramai mempersoalkan mengapa dia masih tidak membuat perubahan dalam segi nyanyiannya. Hmm bab tu kita sebagai orang luar tak boleh la nak cakap macam tu, maybe Nabila ada usaha tapi kita je yang tak nampak kan?

At the same time ada juga netizen yang menyifatkan perbuatan Nabila untuk unfollow kesemua orang di Instagram miliknya ialah salah satu daripada gimik MV lagu Peluang Kedua yang sedang menjadi sebutan ramai. Kalau tak silap MV lagu tersebut sepatutnya release awal tetapi disebabkan PKP, MV lagu tersebut perlu ditangguhkan kepada tarikh lain. Korang boleh tengok explanation Nabila dekat Youtube channel miliknya sendiri.

Kalau itu merupakan salah satu gimik untuk lagu Peluang Kedua tu, mungkin ada sebab mengapa dia buat sebegitu. Tapi let say perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan lagu baharunya, mungkin ada perkara lain yang membuatkan dia mengambil keputusan seperti itu. Kita just kena hormat keputusan dia dan tak perlu diperbesarkan lagi tentang perkara ini. Nak kecam orang tu jangan sampai melampau sangat tau guys, kita tak tahu apa effect yang terjadi terhadap diri orang tersebut.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Music Show Favourite Peminat K-Pop, Korang Suka Yang Mana?

Tips Belajar Bijak Subjek Matematik