in ,

Mula Rasa Malas Study Waktu Minggu Exam? Ingat Perkara Ini!

Sumber gambar: pinterest.com

Aduhh, kenapa makin malas nak study.. Esok ada paper lagi tapi tak ada mood rasanya nak study. Arghhhh tidur sajalah..

Ehh, janganlah dibiarkan rasa malas kuasai diri.. Study itukan keutamaan kita sebagai pelajar. Just imagine kalau malas nak study, macam mana nak jawab waktu exam nanti? Agak-agak kalau study last minute boleh terus masuk ke dalam kepala sepanjang setahun belajar? Haa, nanti jangan bila malam sebelum exam baru terkial-kial nak study ya. Korang kenalah motivasikan diri untuk study, caranya ialah dengan…

TAK BOLEH KALAH DENGAN CRUSH

via GIPHY

Korang mesti nak nampak perfect depan crush betul tak? Takkan korang nak bagi crush tengok yang korang dapat tempat tercorot waktu exam? Kalau korang malas study, cikgu pun malas nak bagi markah tinggi. Kita kenalah tunjukkan betapa bijaknya kita depan crush, baru si dia tahu kewujudan korang yang sebelum ini tak pernah berani untuk tegur dia. Dapat pula kalau si dia memang bijak, tercyduklah korang dekat situ dah kalah dengan si dia. So, usaha lebih sikit waktu exam, study semua subject yang korang lemah supaya nanti waktu exam boleh score dan dapat markah lebih tinggi daripada si dia!

TAKKAN NAK DAPAT NOMBOR COROT?

via GIPHY

Kau tengok si Saadah, harap muka je cantik tapi setiap kali exam akhir tahun mesti dapat nombor corot sekali dalam kelas. Tak masuk dalam tingkatan! Buat malu je..

OMG! Sakitnya hati kalau dengan ada orang cakap macam itu belakang kita! Ehh, kalau tak nak orang cakap macam itu, rajin sikit study dan jangan malas lagi. Takkan sampai form 5 nak biarkan orang cakap buruk tentang kita? Jom usaha lebih supaya orang terkejut dengan kejayaan korang. Sis dulu pun pernah dapat tempat top 10 akhir dalam kelas, huhu! Tapi bila fikir takkan setiap kali exam nak dapat top 10 akhir? So, usaha lebih supaya dapat top 20 pun jadilah. Fuhh, nasib baik ngam-ngam dapat nombor 19 waktu form 4 dulu, hehe! Jangan biar orang panggil kita bimbo tau! Kita beauty with brain!

LEPAS HABIS STUDY KITA TREAT DIRI

Image result for reward for self meme
Sumber gambar: me.me

Certain orang pattern study dia sanga tegas! Kalau nak study, kena study sampai habis masa, take 5 pun sekejap je after that sambung belajar. Macam itu punya style belajar memang keras otak nanti, semua benda dimasukkan tanpa had, risau waktu exam cramp terus. That’s why kena rehat sekejap waktu exam. Tapi bukan berehat sampai boleh sambung tengok drama Korea ya. Study je dari pagi sampai tengahari dan kalau boleh sambung sekejap waktu malam untuk revise balik semua yang korang dah belajar dalam seharian. After that, treat diri sebab berjaya study tanpa ada rasa malas. Tak payah susah-susah pun, beli aiskrim pun dah dikira sebagai treat untuk diri sendiri.

MALU JE DENGAN SQUAD KALAU MALAS

via GIPHY

As a girl yang ada geng atau squad sendiri dekat sekolah, korang boleh relate! Pergi mana-mana mesti satu geng, kalau study pun akan buat sama-sama. Takkan waktu kawan-kawan yang lain study, korang nak main pula? Jom study sekali, baru satu geng berjaya naik pentas sama-sama! Orang lain yang tengok pun tumpang happy tengok kejayaan korang satu group. Let say kalau semua kawan-kawan berjaya, korang pula tercorot! Alamak, buat malu dengan geng nanti. Lagi malu kalau korang malas study lepas itu kena tegur dengan salah seorang BFF dalam geng. Tapi bukan setakat suruh korang study bila dengan mereka je, balik rumah pun kena study juga okay? Jangan malas-malas, yang akan berjaya itu nanti diri kita sendiri juga.

So now still rasa malas lagi nak study ke wahai rakan-rakan ku? Waktu sekolah inilah kita nak tunjuk yang sebenarnya kita bijak, so that nanti dah habis sekolah korang boleh teruskan cita-cita korang. Sifat malas untuk study sebenarnya sangat tak sihat untuk diri kita. Lebih lagi kalau minggu exam, lagi bahaya. Silap hari bulan korang langsung tak boleh nak jawab waktu exam nanti, lagi parah tau. Study smart okay girls!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Kenapa Orang Selalu Degil Dan Tak Dengar Kata

DimSum Thai Pop 2019 Buat Ramai Gadis Cair #Tercyduk