in ,

Mula Rasa Malas Belajar? Korang Cuba Cara Ini..

Sumber gambar: https://best-wallpaper.net/Cat-study-hard-reading-book_wallpapers.html

Urghhhh malasnya rasa nak belajar! Boleh tak skip je sekolah tahun ini dan duduk rumah lepak je boleh tak?!

Alahai.. Kenapa korang dah rasa malas nak belajar? Tahun 2019 dah nak habis dah, takkan macam itu saja dah rasa malas? Dah bertahun belajar, sekarang pula dah rasa malas. Why not korang motivate diri sendiri untuk elakkan rasa malas ini makin menebal dalam diri? Jom check it out~

INGAT PARENTS

Image result for parents
Sumber gambar

Benda ini ialah perkara pertama yang korang kena ingat setiap kali rasa malas nak belajar. Bayangkan betapa kecewanya perasaan parents korang bila mereka dapat tahu yang korang dah malas nak belajar? Susah payah mereka cari duit untuk bagi pendidikan yang terbaik untuk kita, sekali kita dengan mudahnya rasa malas nak belajar macam itu saja. Kalau sentiasa ingat parents mesti korang terus tak rasa malas dah..

FIKIR MASA DEPAN

Kalau dah malas belajar, result pun mesti ke lautan Hindi! Dalam kelas tak nak fokus, homework tak nak buat, result pun tak dapat yang terbaik. Bila result dah tak okay, nanti in future macam mana nak sambung belajar? Dah habis sekolah nak buat apa? Cari kerja pun kena ada result yang baik juga. So before korang nak rasa give up belajar atau malas nak belajar, fikirlah tentang masa depan sendiri okay. Korang yang akan tentukan masa depan masing-masing tau.

BUAT TO-DO-LIST

via GIPHY

To-do-list ialah salah satu perkara yang penting yang boleh korang buat untuk buang rasa malas dalam diri. Bangun je tidur, terus buat to-do-list tentang apa yang korang perlu buat untuk hari tersebut. Once dah ada list, akan lebih senang kerja korang nanti dan rasa malas pun mungkin terus hilang sebab dah set dalam kepala yang ada benda yang korang kena buat. Sama juga macam belajar. Habis saja waktu sekolah, terus list benda apa yang korang kena buat contohnya  nak study atau nak buat homework.

BUAT UNTUK DIRI SENDIRI

Apa tujuan korang belajar? Apa tujuan untuk pergi sekolah? Mestilah untuk masa depan dan tanggungjawab betul tak? Apa akan jadi kalau korang tak laksanakan tanggungjawab? Kita akan rasa tak tenang dan masa depan pun nampak macam samar-samar saja. Selalu ingatkan diri sendiri yang setiap apa korang buat ialah untuk diri sendiri, bukannya untuk orang lain. Kalau dah berjaya, korang juga yang rasa bangga dengan diri sendiri. Orang lain hanya tumpang gembira saja.

So still lagi malas nak belajar ke? Belajar itu pahit akarnya, tetapi manis buahnya. Good luck pada semua yang tengah exam atau bakal exam tak lama lagi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Perlu Ramai Kawan Berbeza Di Sekolah?

j-hope ‘Chicken Noodle Soup (feat. Becky G)’ MV REACTION | LUNAREACTS