in ,

Muka Macam Rose BLACKPINK, Influencer Ini Dikecam!

Sumber gambar: Instagram @allissashin / Instagram @roses_are_rosie

Di Malaysia kalau muka macam artis mesti dia terus automatic jadi influencer atau terkenal, tapi di Korea confirm kau kena kecam! Takutnya!

Siapa kenal Hawa Rizwana Ridzuan yang mukanya ada iras Neelofa? Mesti kena sebab sekarang ini Hawa dah jadi pembaca berita di TV3. Semasa Hawa mula dikenali dulu bukan main ramai orang approach dia untuk jadi duta dan model. Itu menunjukkan yang kita di Malaysia support sesiapa sahaja kalau muka dia ada iras mana-mana selebriti.

SUKSES CARA SENDIRI, ENGGAN TUMPANG POPULARITI NEELOFA" - LUAHAN ...
Sumber gambar: Glamlelaki

Tapi lain pula kalau di Korea. Once muka macam mana-mana artis, terus kena kecam! Amboi, dahsyatnya mereka sampai macam itu sekali. Salah ke kalau muka dia macam artis Korea?

Lain macam tau orang Korea punya support terhadap idol mereka. Baru-baru ini ada seorang influencer yang dikatakan menyerupai Rose BLACKPINK telah dikecam. Dia ialah Allissa Shin dan dia telah dikecam sendiri oleh BLINKS yang juga merupakan kelas peminat Blackpink. Ingatkan BLINKS tak toxic macam fan club yang lain? Rupanya sama je ya, haihh tak best macam ini gais.

View this post on Instagram

It’s pretty hard to drive with these boots..

A post shared by ALLI (@allissashin) on

Allissa mempunyai seramai hampir 35 ribu pengikut di Instagram miliknya selepas ‘kewujudan’ dia diketahui ramai. Walaupun ada BLINKS yang kecam sebab rupa parasnya yang seiras dengan Rose, tapi ada juga yang memuji kerana bagi mereka tak ada salah pun kalau paras rupa mereka seakan-akan sama. Ternyata bila Ainaa tengok Instagram Allissa memang cantik orangnya! Ada juga iras Rose tapi air muka dia nampak macam garang sikit berbanding Rose, see ada juga yang tak sama, bukannya sebijik macam muka Rose sampai buatkan BLINKS marah.

Disebabkan banyak kecaman buruk yang diterimanya, Allissa mengambil keputusan untuk mengulas tentang apa yang menimpa dirinya ketika itu. Dia telah membidas semua komen negatif yang membenci dirinya walaupun bukanlah 100% gaya dan rupa parasnya serupa dengan Rose.

Menurut Allissa sendiri, apa yang dia pakai dan gayakan ialah citarasa fesyen yang dia suka, bukannya untuk copycat Rose.

Sumber gambar: Instagram @AllissaShin

Kesian dia, tak pasal-pasal kena kecam macam itu sekali. Come on BLINKS, korang sepatutnya rasa bangga sebab ada orang yang mukanya seiras-iras dengan idol kegemaran korang. Kita kena support sikit. Bukannya Allissa buat pembedahan plastik untuk nampak sama macam Rose, dia semulajadi tau.

Harapnya Allissa tidak rasa tertekan disebabkan komen negative yang dia terima. Mana tahu disebabkan exposure ini, Allissa lebih dikenali sebagai influencer pula? Tapi harapnya juga waktu itu dah tak ada negative komen ya.

View this post on Instagram

The skirt is much shorter than I had expected

A post shared by ALLI (@allissashin) on

Kita sendiri kalau di Malaysia sahaja ada ramai orang yang mukanya menyerupai beberapa selebriti. Tak ada pun kena kecam terus sampai macam itu sekali, siap ramai yang support lagi ada.

Hmm, korang nak tak Ainaa buat article tentang influencer atau orang biasa yang mukanya macam selebriti Malaysia? Kalau nak, make sure korang buka website Lunaria setiap hari okay!

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Manfaat Lama Duduk Rumah Yang Korang Mungkin Tak Perasan

Cara Self-Quarantine Ala Harry Styles!