in , ,

Muka Lawa Tapi Dia Punya Tu Berbau…

Sumber Gambar: https://www.orami.co.id/

via GIPHY

Korang pernah tak cuba bau stokin sekolah korang, agak-agak bau apa ya, bacin tak? Haa kalau tak pernah cuba bau cium sekarang, hihi. Stokin korang tu berbau disebabkan penjagaan yang tak betul, jadi harini Ummi nak ajar cara mencuci dan menjaga stokin, biar tetap wangi dan cantik.

CUCI GUNA TANGAN

Sumber Gambar: https://www.dekoruma.com 

Stokin ni tak boleh dicuci menggunakan mesin basuh sebab ia akan bercampur dengan pakaian lain yang berwarna. Bukan itu je, warna stokin korang akan pudar dan cepat longgar tau, sebab ia ditarik  dengan pakaian lain yang ada dalam mesin basuh tu. Ala, alang-alang korang nak basuh kasut tu, apa salahnya basuh sekali stokin, boleh jimatkan masa.

GUNAKAN AIR SEJUK

via GIPHY

Kalau basuh stokin dengan tangan mestilah guna air sejuk kan, takkan air panas, matilah melecur  pulak nanti tangan tu, hihi. Tak la, sebenarnya kalau korang guna air panas, stokin tu akan mengembang dan tak lagi ke bentuk asal. Kalau boleh rendam kan dengan air sejuk dan pelembut,  nak sental pun buat manja-manja je, jangan kasar okay.

JEMUR BAWAH MATAHARI

via GIPHY

Biasanya stokin dibuat dari kain cotton yang tebal, jadi kalau nak jemur tu make sure dekat bawah matahari, tapi pastikan ia betul-betul kering baru angkat tau. Kalau tak kering dan korang terus pakai, mesti stokin tu akan berbau dan mungkin ada bakteria. That’s why jangan sesekali pakai stokin lembap okay girls.

JANGAN IRON

via GIPHY

Korang ada satu tabiat tak, kalau stokin tak kering korang akan iron stokin tu. Eh! Sebenarnya tak elok tau girls. Memang la stokin tu akan kering tapi ia akan berbau hapak. Bukan tu je, stokin tu pun akan jadi besar dan longgar. Ummi suggest kalau boleh hari jumaat malam tu korang dah start basuh, so cukup la masa untuk kering sebelum hari isnin.

Tak susah pun nak jaga stokin ni, cuma korang perlu rajin cuci lebih awal. Yang penting kalau korang ikut step yang Ummi kongsi ni, mesti stokin tu akan kekal cantik, mungkin boleh pakai sampai hujung tahun? Haha, dah jimat, tak payah nak beli setiap bulan.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Crush Korang Perasan Kewujudan?

OMG! Tidur Lama Buat Mati Cepat?! 😱