in ,

Muka Ke Pelantar Minyak Ni? Argh!

Sumber Gambar: https://blog.alexcarro.com

“Eh! Ni muka ke pelantar minyak, bak sikit nak buat goring pisang” nampak kelakarkan tapi itulah yang orang akan tegur bila nampak minyak di muka kita. Kadang rasa stress kan? Banyak skin care guna masih sama tak ada perubahan pun. Ha! nak tahu kenapa, mari LUNARIA bagitahu.

KERAP CUCI MUKA & SKRUB

via GIPHY

Biasanya orang akan menganggap cuci muka dan ber skrub secara kerap boleh menghilangkan masalah kulit wajah, tapi hakitkatnya tidak ye #Lunagirls kerana ia akan membuatkan muka kita lebih berminyak, kasar dan sensitive. Kalau boleh cuci muka dua kali sehari, dan skrub seminggu dua kali sahaja.

PELUH KERING SENDIRI

via GIPHY

Selalu dengar orang kata kalau berpeluh jangan basuh muka nanti panau, ye! betul tu tapi jangan sesekali biarkan peluh tu kering sendiri ye. korang perlu lap dengan tisu atau kain bersih agar segala kotoran tidak melekat di muka.

PICIT JERAWAT

via GIPHY

Tangan siapa yang selalu gatal nak picit jerawat, kalau ada tabiat tu baik elakkan ye #Lunagirls. Ia akan menambahkan lagi minyak dimuka, meninggalkan kesan parut dan kulit muka menjadi kusam. Kalau boleh biar je jerawat tu membesar dan pergi dengan sendirinya.

BUIH SYAMPU

via GIPHY

Bila tengah syampu rambut #Lunagirls kena pastikan buih syampu itu tidak melekat di muka kerana buih itu mengandungi kotoran yang disingkirkan dari rambut, dan bahan pelembap didalam syampu boleh buat muka makin berminyak. Jadi berhati-hati ketika bersyampu ye #Lunagirls.

SABUN BUKU

via GIPHY

Jangan sesekali menggunakan sabun buku untuk mencuci wajah sebab setelah keluar dari packaging kita akan letakkan di dalam bekas yang kita nampak bersih tetapi tak tahu kandungan bakteria nya. Kalau boleh beli je dekat dalam botol tu senang.

Macam mana #Lunagirls ada tak nampak mana-mana kesalahan korang yang membuatkan muka korang jadi berminyak. Kalau dah nampak tu cubalah elak-elakkan ye, jangan melakukannya lagi sebab muka korang juga akan sengsara.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Game Online Barbie Korang Kena Try!

Siapa Suka Warna Pink Dia Sensitif!