in ,

Muka Cantik, Tapi Bilik Bersepah! Siapaaaa Tu?

Sumber gambar: smbapps.co
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Keluar rumah nak cantik-cantik, makeup on point, baju nak in trend.. Tapi bilik bersepah mengalahkan kapal karam? Aiyokk! Kekemasan dan kebersihan ni ialah perkara yang perlu kita titik beratkan dalam hidup. Kalau bilik bersepah, baju bertabur, tak mustahil nanti korang akan terbiasa hidup dalam keadaan tak terurus macam tu. Nak tahu sama ada kita seorang yang pengemas atau kaki sepah? Jom tengok senarai Ainaa sediakan ni..

CAMPAK MERATA VS LETAK SEMULA

Sumber gambar: DeeDee Louise

Bagi orang yang jenis penyepah, lepas dah ambil sesuatu mesti dia takkan letak semula dekat tempat yang asal. Maybe just campak merata kemudian nanti bila nak guna semula, mula la kelam kabut mencari! Untuk yang jenis pengemas pula, mana dia ambil barang tu, dekat situ juga la dia akan letak semula barang tersebut. #Lunagirls yang mana satu?

KEMAS SEBULAN SEKALI VS SEMINGGU SEKALI

via GIPHY

Kadang setahun sekali pun ada! Haha! Katanya tak ada masa sebab banyak homework, so bilik pun tak kemas.. Kalau kemas pun sebab mak dah ‘nyanyi’ atau nak dekat raya! Untung-untung mak yang kemaskan.. Hihi! Tapi kalau orang tu jenis pengemas, mesti seminggu sekali jadi rutin untuk kemas bilik. Sakit mata katanya kalau tengok barang bersepah..

PENGOTOR VS PEMBERSIH

Sumber gambar: KabarMakkah.Com

Katanya bau masih wangi, jadi untuk apa nak basuh? Gantung semula dalam almari sampai baju lain pun berbau kepam sebab semua baju tak basuh atas alasan baru pakai sekali. Euwhhh! Kotor la girls.. Jangan buat lagi okay? Kalau dah pengemas, mesti la pembersih juga kan. Pantang pakai sekali pun, confirm after that akan terus basuh pakaian yang dah digunakan tu!

BERTANGGUH VS TERUS BUAT

via GIPHY

Bangun tidur terus masuk bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Biarkan je katil bersepah tak lipat selimut dan betulkan cadar! Berbeza pula dengan orang yang pantang nampak katil bersepah ni.. Turun katil terus kelam kabut kemas katil, tegangkan cadar dan lipat selimut! Nanti dah besar mesti korang akan terbiasa untuk kemas katil tiap kali lepas bangun tidur.

Tak susah pun nak jadi seorang yang pembersih dan pengemas ni girls.. Korang sendiri mesti rimas kalau duduk dalam keadaan sekeliling yang tak terurus kan? Sekali sekala kemas la bilik tu supaya positive vibes akan datang pada diri kita ya! Tak perlu tunggu mak ‘nyanyi’ baru nak kemas.. Kesian mak kita!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baju Sekolah Comot Kalah Budak Lelaki! 🤦‍♀️

Instagram Hacks Untuk Acah-Acah Instafamous!