in ,

Mu’izz Juara ICSYV2 Tak Gila Glamour!

Anda penyanyi sebenar atau penyanyi bersuara sumbang? Sila perdengarkan suara anda!

Siapa biasa dengar ayat itu dekat TV baru-baru ini? Mesti ada juga antara #Lunagirls yang layan rancangan I Can See Your Voice Malaysia season 2 betul tak? Apa pendapat korang? Best tak rancangan tu? Ehemm, ada nampak Ainaa tak waktu minggu ke-3 haritu tak? Hehe!

Kalau korang layan rancangan ICSYV2, korang dah tahu yang mereka dah pun jumpa juara untuk musim kedua kali ini. Apa yang uniknya, juara kali ini ialah pelajar tingkatan 5 iaitu Mu’izz! Siapa kata student sekolah tak boleh jadi penyanyi terkenal? Mui’zz atau nama sebenarnya Mu’izz Zulqarnain merupakan pelajar tingkatan 5 dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hamzah, Pelabuhan Klang.

Bagi korang sendiri, once kita dah terkenal, agaknya ada perubahan yang akan jadi dalam diri? Maybe before terkenal orang tak kenal pun siapa kita dan after dah terkenal, barulah ramai orang baru tahu kewujudan kita dekat sekolah atau sesuatu tempat. Since semalam Ainaa ada jumpa Mu’izz, Ainaa adalah juga tanya dekat dia a few questions tentang perubahan dan impak yang jadi dalam diri dia lepas dah jadi juara ICSYV2.

Menurut Mu’izz, since dia dah menang haritu tak ada apa pun yang berubah dalam kehidupan dia, tapi dia lebih dikenali dekat luar which is kalau jalan je dekat sekolah, ramai dah orang yang kenal dengan dia. Maybe before this kawan-kawan kelas lain tak berapa familiar dengan dia, tapi lepas jadi juara kali ini barulah ramai kawan-kawan kelas lain mula kenali diri dia.

Even Mu’izz still lagi muda dan bersekolah, benda itu maybe bagi impak yang lebih dekat dia. Sebab tak ramai lagi penyanyi dekat Malaysia yang terkenal sejak dibangku sekolah lagi. Cuma harapnya perubahan ini tak ganggu fokus Mu’izz untuk teruskan berjuang untuk SPM yang akan tiba tak lama lagi…

Since social media pun satu benda yang besar dalam hidup kita, bila dah terkenal akan ramai orang akan follow our social media untuk tahu tentang perkembangan diri kita. At the same time, followers pun akan mula naik secara mendadak. But somehow benda itu sebenarnya menakutkan juga sebab macam dah tak ada privasi, semua benda yang kita buat followers tahu.

Macam yang Ainaa tengok, before this followers dekat Instagram Mu’izz hanya dalam angka yang standard saja, tapi sekarang dah sampai cecah seramai 50 ribu! Walauwehhhh mungkin boleh buat paid review lepas ini? Hehe!

But still setiap orang yang mula dikenali ramai mesti akan ada perubahan yang berlaku dalam diri dia. Cuma antara dia tahu untuk handle semua itu dengan baik atau tidak je. Jangan disebabkan kita dikenali ramai, kita berubah sikap pula. No no no girls and boys! Just be yourself je okay.

BTW for those yang teringin nak join I Can See Your Voice Musim Ke-3, korang bolehlah datang ke Sri Pentas Bandar Utama pada hari Sabtu dan Ahad minggu depan 12 dan 13 Oktober. Pilihlah nak jadi penyanyi sebenar macam Mu’izz atau penyanyi bersuara sumbang macam Ainaa, hehe! Dengar cerita ada geng daripada #LunaSquad nak join juga musim ini. Agak-agak siapa ya?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Kumpul Duit Ekstra Untuk Pelajar Sekolah

Kenapa Perlu Ramai Kawan Berbeza Di Sekolah?