in ,

Mudah Digodam, Ini Kelemahan Aplikasi Zoom

Sumber gambar: Zoom

Since bermulanya minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua orang mula rasa risau terutamanya pada orang dewasa yang bekerja which is mereka perlu menghadiri mesyuarat, buat kerja dan macam-macam lagi. So disebabkan perkara itu, banyak jalan penyelesaian yang dilakukan oleh mereka.

Sekarang mesti korang dah tahu macam mana nak gunakan beberapa apps dan website yang direka khas untuk buat video call beramai-ramai betul tak? Semenjak PKP, semua orang work from home dan korang yang bersekolah pun masih lagi buat kerja sekolah secara online dan ada kelas online.

via GIPHY

Ada beberapa apps dan website yang digunakan untuk urusan kerja seperti mesyuarat secara video call beramai-ramai. Antaranya ialah aplikasi Zoom. Tetapi baru-baru ini, apps Zoom mempunyai masalah berkaitan isu keselamatan siber yang menyebabkan beberapa pengguna kehilangan wang di bank mereka. Perkara itu terjadi apabila akaun bank mereka telah diceroboh oleh penjenayah siber menerusi apps Zoom ini.

Bahaya bila pakai sesuatu appsyang boleh buat duit kita hilang. Maksudnya penjenayah itu mesti tahu cara untuk akses ke akaun bank kita secara online. Ada juga beberapa kelemahan daripada segi keselamatan yang digunakan oleh applikasi Zoom ini iaitu…

PASSWORD MUDAH DICEROBOH

Login With Facebook – Zoom Help Center
Sumber gambar: Support

Setiap kali nak masuk ke dalam apps Zoom, kita perlu log masuk dengan cara meletakkan Meeting ID atau Personal Link Name. Penggodam dengan mudah dapat menceroboh password pengguna apps Zoom kerana ciri keselamatan yang agak rendah dan lemah. Disebabkan itulah apps itu telah menjadi ‘lubuk’ atau tumpuan para penggodam untuk melakukan kerja kotor mereka dengan cara mencuri segala butiran peribadi termasuk butiran akaun simpanan serta rekod lain milik pengguna.

ADMIN BERISIKO TERDEDAH DENGAN AKSES LUAR

Bagi memudahkan pengguna, apps Zoom telah mengeluarkan filter yang bernama ‘Zoom Booming‘ yang mana membolehkan pengguna untuk membuat kelas secara dalam talian dan berinteraksi bersama dengan pengguna lain. Setiap kali nak memulakan kelas secara talian, perlu ada seorang admin yang bertanggungjawab invite semua orang ke dalam satu sesi. Tapi malangnya, si admin lebih terdedah menjadi mangsa penggodam sekiranya mereka membenarkan siapa sahaja untuk masuk ke dalam sesi tersebut. Sebab itu mereka perlu mengadakan ‘Zoom Booming‘ supaya link itu hanya boleh di akses oleh orang yang tertentu sahaja.

SENANG MASUK VIRUS

via GIPHY

Once satu apps itu dimasuki virus, dengan mudahnya semua data akan hilang dengan sekelip mata. Sebab itulah penggodam dapat akses dengan mudah ke dalam apps Zoom dan memasukkan virus bagi mencuri maklumat tanpa kita sedari. Semua itu termasuklah maklumat video rakaman, perbualan, kata laluan dan maklumat yang lain. Bahaya ya sebenarnya kalau sesuatu apps atau website itu tak dilindungi dengan ketat.

Sebab itulah bila kita buat kerja yang melibatkan internet, kita kena sentiasa berhati-hati. Sebelum kongsikan data maklumat diri di mana-mana website atau apps, make sure korang kenal pasti dulu keselamatannya. Takut nanti kita pula yang jadi mangsa individu yang tak bertanggungjawab.

Don't make all the same Zoom meeting mistakes the UK government ...
Sumber gambar: Zdnet

Selain Zoom, korang boleh gunakan pelbagai lagi apps untuk melakukan aktiviti kelas online bersama kawan-kawan atau ‘meeting’ gossip’ dengan BFF. Maklumlah, teknologi di hujung jari, banyak benda yang kita boleh explore.

Antara apps lain yang sering menjadi kegemaran ramai untuk berinteraksi bersama rakan-rakan atau keluarga ialah :

  • Skype
  • FaceTime
  • Google Hangouts
  • Microsoft Team

Terpulang kepada korang nak gunakan apps yang mana satu, asalkan ia memudahkan urusan kerja korang pun sudah memadai.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tempoh Kuarantin Ditambah, Andi Bernadee Semakin Menjadi-jadi!

Seksaan Adik-Beradik, Hanya Anak Bongsu Sahaja Yang Faham