in ,

Movie Trolls World Tour Ada Red Velvet Versi Trolls!

Seronoknya sambil tengok movie boleh menyanyi sama-sama! Dapat pula semua lagu yang dinyanyikan memang kita hafal, bertambah enjoy tengok movie.

Ada sesiapa menang tikey giveaway movie Trolls daripada Lunaria tak? Apa pendapat korang tentang movie itu? Best ke tidak? Berapa bintang korang nak bagi untuk sambungan movie Trolls World Tour kali ini? Mesti enjoy je sepanjang movie sebab Ainaa sendiri pun rasa enjoy sangat dapat nyanyi bersama-sama.

Sumber gambar: Lunaria

Baru-baru ini Ainaa dengan Faya berkesempatan untuk tengok Trolls terlebih dahulu bersama dengan pihak media yang lain. Even waktu movie Trolls yang first Ainaa ingat-ingat lupa tapi still boleh relate lagi dengan yang kedua ini.

Selepas hampir empat tahun menunggu sambungan Trolls yang merupakan dibawah syarikat produksi DreamWorks Animation, akhirnya tahun ini kita dapat menyaksikan filem yang dinanti-nantikan. Filem ini dibawah arahan Walt Dohrn serta dilakon suarakan oleh Anna Kendrick, Justin Timberlake, James Corden, Ozzy Osbourne dan ramai lagi.

Sambungan kali ini mengisahkan tentang Poppy (Anna Kendrick) dan Branch (Justin Timberlake) yang mana mereka baru sahaja mengetahui bahawa kaum Trolls ada enam suku. Tetapi mereka hanya dibezakan melalui genre muzik masing-masing iaitu Pop, Funk, Classical, Techno, Country dan Rock. Dunia mereka menjadi lebih luas dan kuat selepas Queen Barb dan bapanya, King Thrash bersatu untuk memusnahkan seluruh genre muzik.

Disebabkan rasa bertanggungjawab yang ada dalam diri Poppy, Branch dan rakan-rakannya yang lain, mereka telah bersatu untuk menyelamatkan dunia. Lalu mereka mengambil keputusan untuk jelajah ke seluruh kawanan suku kaum Trolls yang terdapat di dunia mereka. Queen Barb telah mejadikan beberapa penduduk menjadi zombie muzik kerana dia sangat mahukan pengikut setia bagi genre muzik rock.

Ala, tak berani pula nak jadi spoiler sebab takut tercerita pula tentang filem ini dekat korang, hehe! Since tarikh rasmi tayangan filem Trolls dah lepas, korang boleh ajak satu family layan sekali weekend ini! Baru boleh nyanyi sama-sama dekat dalam panggung wayang.

Apa yang lagi menariknya dalam movie ini ialah apabila ada kemunculan istimewa daripada kumpulan K-Pdol iaitu Red Velvet dalam versi Trolls! Cute sangat mereka semuanya, rasa nak simpan satu bawa balik rumah!

Okay, Ainaa akan share sikit spoiler which is beberapa lagu yang dinyanyikan dalam movie ini ialah Gangnam Style. Ha, part ini confirm korang tak expect sebab waktu Ainaa tengok semalam pun semua tak expect ada lagu itu. Kalau korang masih tak tengok lagi Trolls yang first, it’s okay jangan risau sebab korang memang boleh faham jalan cerita ini.

Enjoy your movie, jangan jadi spoiler tau once korang dah tengok movie ini. Nanti jangan lupa share part mana yang jadi favorite korang sepanjang movie ini okay! Ehemm, nak ajak LUNARIA tengok sekali lagi pun boleh je, kita PM tepi!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Maksud Disebalik Warna Emoji Love?

K-Pop Idol Yang Pernah Kena Buli Di Sekolah