in ,

Movie Sesuai Untuk Tontonan Remaja Kebosanan

Sumber gambar: www.fluentu.com

Menonton movie adalah aktiviti favourite ramai orang! Bukan setakat boleh release stress, malah otak korang juga akan aktif berfikir apa yang bakal jadi seterusnya, kenapa plot twist jalan cerita macam itu sekali, dan apa yang best bila movie itu ada sambungannya pada masa akan datang. Tidak dinafikan, memang ramai anak muda terutama remaja yang suka menonton movie bergenre romantik, komedi, seram dan lain-lain, tetapi filem aksi dan thriller ini adalah antara filem yang sentiasa ada sambungannya yang membuatkan ramai orang ternantikannya setiap tahun. Untuk korang yang tengah bosan itu, why not korang cuba layan movie ini sebab apa yang kami nak kongsi ini semuanya movie paling top tau! Hehe…

FAST AND FURIOUS SERIES

Sumber gambar: zoe_lunaria

Sejak tahun 2001 lagi, sudah ada lebih 12 filem siri Fast and Furious ditayangkan. Ha! Korang generasi yang mula tengok Fast and Furious sejak tahun bila? Kalau nak tahu bagaimana perjalanan dari awal Fast and Furious ini, korang boleh tonton dari The Fast and The Furious dan dengar cerita sepatutnya tahun ini akan ada tayangan Fast Furious yang ke 9 tetapi ditunda kepada tahun hadapan! Woah! Memang enjoy habis tau kalau korang follow cerita ini dari awal.Β 

THE HUNGER GAMES SERIES

Sumber gambar: zoe_lunaria

Watak paling cool yang dibawa oleh Jennifer Lawrence dalam cerita ini memang menarik perhatian ramai penonton. Bermula dari The Hunger Games hingga Mockingjay Part 2. Siri filem ini tidak pernah mengecewakan. Cabaran dalam cerita ini pun memang mendebarkan penonton juga tau.Β 

AVENGERS SERIES

Sumber gambar: zoe_lunaria

Untuk siri Avengers ini memang special sikit sebab kalau korang nak faham keseluruhan cerita. Korang kena tengok sekali setiap filem Marvel yang lain, mengikut watak yang ada dalam geng Avengers ini. Jangan keliru pula sebab Avengers ini hanya ada 4 siri sahaja tau setakat ini dan paling latest adalah Endgame. Kalau korang nak faham semua jalan cerita, memang korang wajib tengok filem Marvel yang lain juga.

MAZE RUNNER SERIES

Sumber gambar: zoe_lunaria

Filem yang paling sesuai dengan jiwa kita semua. Siri Maze Runner memang sentiasa tunjukkan pelbagai sisi anak muda yang kena survive dalam hidup tau. Siri filem ini memang best sangat sampaikan bila Maze Runner The Death Cure itu ditayangkan dan menunjukkan macam tiada apa-ap sambungan. Ia memang buatkan ramai penonton filem ini tertanya-tanya sama ada akan ada sambungannya yang keempat atau tidak.Β 

Kalau korang tengok semua movie dalam list kami ini memang banyak sambungan ada juga yang dah lebih dari lima musim pun tau! Jadi, bila korang tengah bosan raya nanti sebab tak boleh balik kampung. Korang boleh lah tonton movie bersiri ini dengan keluarga dan saudara korang yang sempat berkunjung di rumah korang. Memang best sangat kalau sambil menonton korang makan kuih raya! Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SM Entertainment Buka Online Audition Untuk Cari Bakat Baru!

PMS Kuasai Diri, Atasi Dengan Cara Ini