in ,

Movie ‘Chick Flick’ Onz Kat Netflix

Sumber gambar: indiewire.com

Tengok movie bila tengah bosan, memang menjadi salah satu aktiviti kegemaran ramai orang. Mesti korang pun antara salah satu daripadanya kan? Kalau sebelum ini, kami asyik kongsi dengan korang filem dan drama seram. Tak pun, K-movie atau K-drama saja kan? Hmm, kalau asyik tengok itu pun bosan juga kan? Jadi kali ini ini, biar kami share dengan korang filem romantik komedi (RomCom) apa yang paling onz untuk korang di Netflix!

TALL GIRL

Kisah tentang Jodi, seorang perempuan yang memang tinggi sejak kecil dan bila dia di sekolah dia selalu diremehkan oleh pelajar lain tetapi ada dua orang kawan dia yang selalu beri dia kata-kata semangat sebab katanya Jodi ini memang susah nak dapat boyfriend sebab tinggi sangat. Sampai lah satu hari, ada seorang pelajar transfer dari Sweden iaitu Stig yang masuk ke sekolah itu dan dia antara satunya harapan Jodi untuk pikat Stig. Dapat ke tidak, korang cuba lah tengok ya!

SIERRA BURGESS IS A LOSER

Jamey yang tersilap identiti sebab dikenakan oleh Veronica iaitu crush dia yang popular di sekolah sebab telah diberi nombor telefon orang lain iaitu Sierra. Sampailah Sierra ini decide untuk terus catfishing Jamey dengan menggunakan identiti Veronica. Korang rasa kantoi ke tidak? Kalau nak tahu kenalah on Netflix sekarang! Memang best tau cerita ini!

THE PERFECT DATE

Kisah tentang Brooks dan Murphs yang cuba buat satu aplikasi yang membolehkan mereka cari duit dengan jadi online boyfriend untuk pergi ke kolej. Satu hari, Brooks tiba-tiba tersuka salah seorang perempuan yang dia pernah date itu dan benda jadi lebih complicated bila mereka bergaduh. Bergaduh sebab apa pun tak tahu lah kan tapi dapat ke Brooks masuk ke kolej yang dia nak itu? Hehe!

TO ALL THE BOYS I’VE LOVED BEFORE

Lara Jean, seorang gadis yang memang tak pernah bercinta langsung tapi setiap kali dia crush on someone, dia akan terus tulis surat untuk crush dia tapi tak pernah dihantar langsung. Keadaan menjadi semakin kelam kabut selepas semua surat itu hilang dan sebenarnya ia telah dihantar oleh adiknya iaitu Kitty sebab dia kesian tengok kakak dia tak pernah ada boyfriend. Adakah Lara Jean akan dapat boyfriend selepas kejadian nakal yang dilakukan adiknya? Korang kena tonton sendiri okay!

Korang memang patut layan semua filem ini sebab memang sweet dan comel saja jalan ceritanya. Kelakar pun sebab ada banyak watak BFF mereka yang menghidupkan lagi cerita tu. Confirm korang akan sengih seorang diri dan bukan setakat itu sahaja. Hero dan heroin dalam filem ini pun semuanya cantik dan kacak sangat. Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Nampak Cantik Semula Jadi Tanpa Makeup

Roti Habis, Naim Daniel Buat Lagu Khas Untuk Roti