in ,

Movie ‘Harus’ Tonton Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Sumber gambar: Elle.com

It’s movie time everybody! Pagi petang siang malam kita repeat tengok movie bila kena duduk rumah 14 hari.

Amboi bukan main happy pula ya sebab dapat cuti panjang. Ingat ya, cuti panjang ini bukan untuk suka-suka tau. Memandangkan cuti bertambah, korang pun mesti ada banyak aktiviti tambahan dekat rumah?

Contohnya siapkan kerja sekolah, study sikit, tolong mak kemas rumah atau apa sahaja aktiviti berfaedah asalkan tak berada di luar rumah. Disebabkan itu, LUNARIA ada nak cadangkan beberapa movie best untuk korang tengok sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini. Korang boleh search sendiri movie ini di Internet. Jom check it out...

THE FLU

The Flu mengisahkan tentang satu wabak virus yang berasal dari luar negara yang mana ia telah menyerang kawasan di Korea. Ha, sama tak dengan keadaan yang kita tengah hadapi sekarang di Malaysia? Dekat dalam movie ini pun ada keadaan yang mana penduduk menghadapi fasa panic buying, mainan politik dan banyak lagi. Macam dekat sini waktu awal pengumuman tentang kawalan pergerakan, ramai rakyat Malaysia telah berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli stok makanan. Seram juga ya bila ada movie macam ini sebab sekarang pun kita seakan-akan dalam situasi yang sama macam dalam movie itu.

CONTAGION

Sama juga macam movie The Flu tadi, mengisahkan tentang satu virus yang merebak tetapi ia telah menjadi semakin besar bila penduduk sendiri tak boleh nak dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Pengarah movie ini mengambil idea asal daripada kes SARS yang pernah terjadi pada tahun 2003 dulu cuma ditukar jalan cerita yang mana virus itu boleh merebak melalui satu sentuhan sahaja. Cuma boleh dikatakan movie ini agak berat untuk difahami sebab ada berkaitan perubatan yang mungkin korang akan rasa bosan tapi ada ilmu disebalik movie ini.

TO ALL THE BOYS I’VE LOVED BEFORE

The end of movie yang berkaitan dengan virus, kali ini kita tengok love story pula. Korang dah tengok ke belum movie To All The Boys I’ve Loved Before? Kalau tak tengok lagi, korang kena tengok sekarang. Movie favorite ramai teenagers sampaikan sambungan movie ini pun buatkan ramai tertunggu-tunggu. Mengisahkan tentang Lara Jane, seorang remaja yang tak pernah bercinta tapi mempunyai ramai crush. Sikap ‘prihatin’ adiknya, ke semua surat yang pernah dia tuliskan untuk crush dia telah dihantar oleh si adik. So, semua crush dia dapat surat cinta yang Lara Jane pernah tulis. Dekat situ bermula konflik antara Lara Jane dengan Josh yang merupakan boyfriend kepada kakaknya, Margot. Bukan itu je, dia juga telah ‘terikat’ dengan Peter Kavinsku yang merupakan ex boyfriend kepada ex bestfriend dia, Gen. Sambungan movie ini ialah berjudul To All the Boys : P.S I Still Love You. Dua-dua best tau, kena tengok sekarang!

HYE, BYE MAMA

Baru first episode dah sedih. Tapi ini bukan movie sebab Hye, Bye Mama ialah drama berepisod yang korang boleh tengok di Netflix. Drama ini mengisahkan tentang seorang itu yang telah meninggal ketika dia tengah sarat mengandung akibat kemalangan jalan raya. Disebabkan itu, dia telah menjadi roh yang sentiasa menjaga anaknya tanpa dia sedar bahawa anak dia itu sebenarnya tahu tentang kewujudan dia. Bila dah lama-lama, anak dia berkemampuan untuk nampak roh hantu disekeliling. Mak dia pun apa lagi, sebabkan rasa serba salah terus terjadinya satu kejadian yang membuatkan dia telah dihidupkan menjadi manusia. Tapi bersyarat iaitu dia perlu kembali kepada kehidupan asalnya selama 49 hari sebelum dia boleh terus hidup untuk kali kedua. Menarikkan drama ini? Tunggu apa lagi? Jom kita tengok….

Lepas ini taklah korang rasa bosan sangat dekat rumah. Jangan lepas ini still lagi ada rasa nak duduk luar pula ya. Banyak lagi benda lain yang korang boleh buat dekat rumah. Jaga diri dan jaga kebersihan.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top Game Lama Perlu Ada Dalam Phone Korang

Tips Mencegah Covid 19 Lebih Baik Daripada Merawat!