in ,

Movie Berkaitan Virus Yang Boleh Kita Tengok

Sumber gambar: Dailymotion.com

Asyik-asyik tengok cerita hantu je, cerita cinta je. Rasanya dah boleh beralih kepada tengok cerita yang berilmiah kot, barulah dapat tambah pengetahuan dalam diri.

via GIPHY

Ya, benar sama sekali. Korang memang dah boleh stop atau kurangkan tengok cerita hantu atau cerita cinta drama Melayu pukul 7. Sampai bila kita nak tengok cerita yang kita sendiri dah boleh agak jalan ceritanya? Tak mencabar langsung kalau dah tahu apa akan jadi pada scene yang seterusnya dalam sesuatu cerita yang kita tengah tengok.

Actually ada banyak je movie atau drama yang berilmiah boleh kita tonton, cuma kena extra rajin untuk explore tengok di mana-mana website. Since sekarang tengah musim wabak Covid-19, why not kita tengok cerita yang berkaitan dengan jangkitan wabak juga? Mungkin ada kaitan dengan apa yang terjadi sekarang? Jom check it out!

TRAIN TO BUSAN

One of the best movie yang pernah ‘menggegarkan’ dunia suatu masa dahulu. Korang kalau tak pernah tengok lagi Train To Busan, korang memang rugi tau. Kena tengok sekarang juga sebab dekat dalam movie ini ada Gong Yoo, our beloved Goblin, hehe! Train To Busan mengisahkan tentang satu bandar di Korea yang telah dijangkiti dengan wabak virus zombie yang mana siapa sahaja yang kena gigit, akan terus bertukar menjadi zombie! Movie ini telah berjaya mencecah keuntungan hampir 100 juta dolar US! Sehingga membuatkan ramai penonton mahukan sambungan kedua bagi Train To Busan ini. Dengarnya tak lama lagi akan ditayangkan tapi masih tak tahu bila agaknya. Movie ini bukan sahaja ada mendebarkan sebab kena kejar zombie, tapi juga agak sedih! Siapa yang tengok movie ini confirm akan menangis. Korang kena tengok tau, boleh kita menangis sama-sama, hehe!

THE FLU

Dalam article sebelum ini pun Ainaa pernah cakap tentang movie ini which is memang korang kena tengok juga sebab apa yang terjadi dalam movie itu lebih kurang sama dengan apa yang terjadi sekarang. Dalam movie itu menunjukkan ada virus yang berasal dari negara luar telah menular ke negara yang lain, which is sama macam yang kita sedang lalui sekarang. Mereka juga mengalami fasa panic buying, sama macam apa yang terjadi dekat Malaysia pada minggu lepas yang mana ramai orang berpusu-pusu ke supermarket untuk mendapatkan bekalan makanan walhal kita masih dalam keadaan terkawal lagi. Tak dinafikan, movie ini sangat mendebarkan sebab kebanyakan scene yang ditunjukkan, sudah pun terjadi dekat sini.

CONTAGION

Sebelum perintah kawalan pergerakan, kita masih lagi bebas ke mana-mana tanpa perlu berhadapan dengan roadblock oleh pihak berkuasa. Tapi disebabkan sikap rakyat yang degil, terpaksa semua itu dilakukan demi kebaikan semua. Dalam movie Contagion, virus yang terjadi dekat sana menjadi lebih teruk apabila rakyat mereka ingkar dengan arahan. Eh, macam sama je dengan kita? Disebabkan sikap rakyat yang pentingkan diri, wabak itu menjadi lebih teruk lagi. Movie itu diadaptasi daripada kejadian yang pernah menimpa dunia iaitu kes SARS sekitar tahun 2003. Mereka menukar sedikit jalan cerita yang mana virus itu akan merebak sekiranya berlaku sentuhan daripada pesakit dan orang lain. For those yang suka movie yang berkaitan dengan perubatan, movie ini memang sesuai untuk korang.

ZOMBIE KAMPUNG PISANG

Jangan gelak ya, ini memang salah satu movie yang ada kaitan dengan virus which is zomba! Eh, zombie, hehe! Please cakap korang dah tengok banyak kali cerita Zombie Kampung Pisang kalau tak, Lunaria tak nak kawan! Cerita ini legend tau, siap ada banyak sambungan lagi sebab ramai sangat yang suka, termasuklah LUNARIA. Mengisahkan tentang virus bahan kimia menyebabkan ramai penduduk kampung telah bertukar menjadi zombie! Filem lakonan Awie, Que Haidar, Dato AC Mizal, Ezlynn dan ramai lagi ini betul-betul pecah perut! Just imagine, hampir satu kampung bertukar menjadi zombie sehingga membuatkan ramai bomoh turut datang memberi bantuan, tapi semuanya tak berjaya. Rasa macam nak ulang balik je movie ini, jom la tengok lagi nak?

Bila tengok semula movie yang berkaitan virus, takut pula rasanya sebab kita sendiri dah pernah alami situasi macam itu. Harapnya lepas ini semuanya baik-baik sahaja!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Positif Semasa MCO Pun Salah Satu Cara Pencegahan Penyakit?

Aktiviti Di Rumah Khas Untuk Geng Mudah ‘Pishang’