in

Movie Angry Bird 2 Akan Buat Korang Shook! #BukanSpoiler

Yeehaw! Kapoow! #Lunagirls dah tengok movie The Angry Birds 2 ke belum? Zoe dah tengok dah, jangan jealous okay! Hehe! Tak apa, jangan risau.. Zoe tak nak spoil-kan mood kawan-kawan yang belum tengok The Angry Birds 2 tapi meh Zoe cerita apa yang menarik tentang movie ini! Untuk pengembaraan kali ini, squad burung dan squad khinzir yang awalnya sebenarnya musuh terpaksa bekerjasama sebagai satu squad untuk menentang satu ancaman yang tiba-tiba menyerang pulau tempat tinggal mereka.

Sumber gambar:

Ancaman ini datang dari satu pulau misteri dan korang kena tengok bagaimana dua squad yang sebelum musuh terus work together menggunakan kebolehan masing-masing sebagai satu squad yang paling kuat. Apa yang Zoe boleh janjikan adalah The Angry Birds 2 movie kali ini memang happening sangat! Zoe dan Faya gelak je sepanjang movie! Bukan saja sesuai untuk adik-adik korang tapi korang dan parents pun boleh enjoy sakan tengok movie ini.

Sumber gambar:

Jalan cerita The Angry Birds 2 juga sangat fun dan mereka sangat cute! Sebab selepas tiga tahun peminat setia Angry Birds tunggu selepas filem animasi pertamanya dulu, of course kali ini mereka bagi yang the best untuk penonton tahun ini. Animasi kali ini juga lebih baik kalau nak compare dengan Angry Birds movie yang keluar pada tahun 2016. Psst, korang kena fokus juga tengok cerita ini sebab dia ada plot twist yang korang tak akan sangka! Jeng jeng jeng!

Sumber gambar:

Kalau korang tengok komen kawan-kawan yang dah tengok, ramai yang cakap movie ini memang kelakar habis dan gelak berguling-guling walaupun movie itu baru saja 15 minit pertama berjalan. Ha! So nampak tak movie ini punya impak macam mana? Bukan saja itu, kalau korang minat lagu 80an dan 90an dalam movie The Angry Birds 2 ini banyak soundtrack yang best! Hehe!

Okay tunggu apa lagi #Lunagirls! Pergilah tengok The Angry Birds 2 cepat banyak lagi masa sebab baru saja keluar 29 Ogos semalam! Hehe! Have fun okay! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Isu Gaduh, Zynakal Ada Masalah Jiwa?

Ubah Posisi Tidur Kalau Tak Nak Muka Berjerawat