in ,

Motorola Buat Comeback, Cipta Phone ‘Lipat’

Sumber gambar: indianexpress / standard.co.uk

Zaman sekarang semua phone touch screen je. Slide ke tepi, rotate screen semua ada. Mana ada nak merasa phone lipat-lipat atau phone slide ke atas macam dulu. Before smartphone sekarang  wujud, ada zaman yang mana semua orang tergila-gilakan phone slide dan juga phone lipat. Kiranya siapa ada phone tersebut memang dialah yang paling up to date dalam bab gadget.

Kalau sekarang semua orang tergila-gilakan phone keluaran syarikat Apple, dulu Motorola ialah phone favorite ramai selepas Nokia yang terkenal dengan phone ‘baling anjing’. Korang tahu tak sekarang Motorola dah buat comeback dengan model smartphone terbaru berasaskan Android 9 Pie which is Motorola Razr.

Sekitar tahun 2000 dulu, model Motorola Razr antara yang famous. Sis sendiri pernah merasa pakai phone tersebut, tapi itu pun phone turun temurun dari mak sampai ke kakak dan barulah last sis pakai sampai rosak. #phonerecycle So sekarang ini mereka decide untuk keluarkan semula phone ini dan buat beberapa penambah baikkan tapi masih lagi kekalkan ciri telefon lipat sendiri. Dulu phone ini kecil sikit tapi untuk yang latest dibesarkan sedikit untuk keselesaan pengguna.

Sumber gambar: kingdomtaurusnews

Motorola Razr yang dulu tak ada camera selfie, but this one haruslah ada kamera depan, baru senang nak selfie dengan crush, hehe! Dilengkapi dengan dua screen dan gabungan storage RAM 6GB dan 123GB. Untuk kamera utama didatangi dengan kamera sebesar 16MP dan belakang pula sebesar 5MP. Not bad juga ukuran kamera dia, gambar pun mesti cantik juga nanti.

Tapi dengarnya phone ini macam susah sikit nak masuk pasaran Malaysia sebab ia menggunakan e-SIM yang mana kebarangkalian untuk beroperasi dekat sini macam 50/50. Phone sudah pun dilancarkan sejak 14 November yang lepas dan akan mula dijual pada Januari 2020 dengan harga RM6233.

Image result for motorola razr 2019 lipat
Sumber gambar: theskop

Fuhhh, boleh tahan mahal juga harganya. Saing-saing Apple juga mahalnya. Lagi pening tak tahu nak beli iPhone 11 Pro ke Motorola Razr, Opss! Maybe sebab lepas dah upgrade banyak benda, harganya jadi mahal macam itu. Tapi apa pun before beli, kita tunggu dulu review daripada orang lain yang dah beli, hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senaman Kempiskan Perut Dalam Masa 30 Hari

Cara Elak Rasa Bersaing Dengan BFF