in ,

Mother’s Day? OMG Apa Nak Belikan Mama Ni?!

Sumber gambar https://www.professorshouse.com/mother-daughter-relationships/

Hari ibu dah nak dekat, tapi apa eh nak bagi kat mama?

Hai #Lunagirls, korang masih pening-pening lagi ke nak cari hadiah or nak buat apa sempena Hari Ibu ahad ni? Ye la, kena la buat something kan, tanda kita appreciate orang yang melahirkan kita. Ala tak perlu pun mahal-mahal, yang penting korang ikhlas bagi dekat diorang.

PAPER BOOK

Selalunya paper book ni kita buat untuk kawan-kawan atau crush je kan? Why not kalau korang buat satu untuk ibu korang. Letak la gambar kenangan korang bersama atau gambar throwback dari korang lahir sampai la besar. Nak lagi best kalau korang hiaskan paper book tu dengan ucapan terima kasih dan kata-kata penghargaan korang dekat ibu. Mesti diorang akan appreciate hadiah korang tu. Awwww.

HANDMADE ACCESSORIES

Ada pelbagai cara nak buat accessories ni, dari yang senang sampai la yang rumit. Barang-barang untuk buat perhiasan ni pun mudah nak cari. Bagi yang baru nak start, mungkin korang boleh cuba buat accessories yang mudah dulu macam bracelet ke atau cincin. Tapi kalau korang dah expert, try la buat sepasang subang warna favourite ibu. Bila kita buat sendiri ni, ia akan lebih bermakna walaupun tak semahal emas dan permata.

SURPRISE PARTY

via GIPHY

Bila dah selalu sangat masak, apa salahnya kalau bagi day off dekat ibu. Plan dengan ayah dan adik beradik untuk buat surprise party. Tak kisah la nak buat dekat rumah ke, dekat restaurant, nak picnic pun boleh. Hiaskan sikit tempat tu supaya nampak cantik dan meriah. Tapi nak buat party ni tak sempurna kalau tak ada kek. Dekat Superdeals ada kek Victoria Station 1.2kg harga RM 58 je tau, korang boleh check out! Baru la onzz surprise korang tu!

Apa pun, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih pada ibu korang, jasa dan pengorbanan mereka besar tau! Selalu juga bantu mereka lakukan kerja-kerja dirumah, at least boleh tolong ringankan beban mereka sikit. LUNARIA harap tips ni dapat membantu korang untuk memberikan hadiah yang terbaik untuk ibu. Goodluck~

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Karya Remaja 16 Tahun Dapat Pengiktirafan!

#TeamNoTaugeh? Tapi Taugeh Ada Kebaikannya!