in ,

Mood Raya Is Coming… Jangan Lupa Prepare Diri

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=AwprXBXVoEU

Esok dah nak raya, confirm banyak benda nak kena settle.Takut esok bangun lambat, mesti kelam kabut..

Sebulan dah kita berpuasa kan girls. Pejam celik, pejam celik esok kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri. Korang dah prepare semua benda ke tu? Mesti excited nak bangun pagi esok kan. But before tidur, buat dulu checklist ni.. Nak tahu checklist apa? Baca article ni..

IRON BAJU

Sumber gambar: https://rumahlia.com/tips-trik/elektronik/kelebihan-dan-kekurangan-setrika-uap

Ni benda pertama yang korang kena buat before tidur. Jangan esok pagi baru sibuk nak iron baju la, cari tudung la itu ini. Tak kisah la waktu korang baru buka lapik iron tu, semua sedara mara kelam kabut ‘delivery’ baju diorang dekat korang, teruskan je kerja menggosok tu. Utamakan gosok pakaian korang dulu before baju orang lain. Mana tahu kalau gosokkan baju makcik pakcik, diorang bagi duit raya extra pagi esoknya? Hehe!

CAJ PHONE DAN POWER BANK

Sumber gambar: https://www.tokopedia.com/tumblrcreaturez/unicorn-emoji-powerbank

Tengah syok bergambar ramai-ramai, sekali bateri phone low pula! Dah la low, powerbank pula lupa nak caj?! OMG RED ALARM la macam ni! Power bank ni benda ‘wajib’ yang perlu korang ada waktu raya tau sebab ia bagaikan ‘nyawa’ tambahan korang. Caj powerbank sampai penuh dan terus masukkan dalam beg pagi tu supaya tak terjadi kejadian bawa cable tapi powerbank tertinggal dekat rumah.

FIKIRKAN GAYA TUDUNG

For those yang berhijab, make sure malam ni korang dah decide gaya tudung macam mana yang nak dililit pagi esok. Tak kisah la pakai shawl ke, bawal ke atau tudung saji sekalipun,hihi.. Malam ni get ready tengok tutorial dekat Youtube dan practice okay? Siapkan juga segala bagai pin tudung, jangan esok pagi terkial-kial cari pin tudung pula.

MAKE UP

Hari biasa dah make up natural. Takkan Hari Raya pun nak makeup biasa juga? Why not try something new sikit. Contohnya makeup ala-ala Kpop, pinky look atau apa-apa je la. Hari raya ni nak juga nampak kelainan.. Practice malam ni supaya esok pagi otak tak blank nak fikir look apa yang sesuai. Tapi jangan sampai makeup tebal sangat ya, takut nanti family yang lain tak kenal pula muka korang tu.

Fuhh, Ainaa sibuk ingatkan korang tapi Ainaa sendiri tak buat lagi semua benda ni. Hehe! Prepare sekarang sebelum terlambat ya girls. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Elak Perut ‘Meletop’ Waktu Raya!

Sebab Iklan Raya Ainaa Tenung Mata Lelaki