in ,

Moment Terbaik Artis dan Peminat Di AJL 34

Sumber gambar: lunaria.com.my

Anugerah Juara Lagu ke 34 baru sahaja melabuhkan tirainya. Walaupun hujan lebat, ramai peminat yang sanggup datang memberi sokongan walaupun terpaksa berhimpit, berebut sebab nak masuk dalam bangunan Axiata Arena, Bukit Jalil dengan cepat. Untuk yang terlepas, mungkin ada yang tidak tahu, persembahan pembukaan dipersembahkan oleh ramai penyanyi paling legend seperti Adibah Noor, Hazami, Lah, Liza Hanim, Black, Jaclyn Victor dan Misha Omar. Untuk pengetahuan korang, mereka semuanya adalah antara juara-juara yang pernah menjuarai AJL yang lepas.

Sumber gambar: Lunaria

Tahniah kepada para pemenang iaitu Naim Daniel juara tempat pertama, Aman RA di tempat kedua dan Bob Yusuf di tempat ketiga. Selain itu, Hafiz Suip pemenang Vokal dan Persembahan Terbaik AJL 34, tidak lupa juga Haqiem Rusli yang memenangi Anugerah Pilihan Peminat AJL 34.

 

View this post on Instagram

 

Tahniah Naim Daniel dan Naimians! Juara Anugerah Juara Lagu 34 🤟🏻🤟🏻 Lepas ini jom lah buat Tiktok dengan @lunariamy lagi🤗 hehe!

A post shared by zoe •_• (@zoe_lunaria) on

Untuk korang yang tak tengok sampai habis memang rugi besar sebab di hujung acara AJL 34 ada persembahan para seniman hebat seperti Ameng SPRING, Dato’ Hattan, Dato’ David Arumugam, Fredo Flybaits dan Dato’ M.Nasir. Tidak habis di situ sahaja, Zoe sempat juga duduk lama di luar Axiata Arena itu untuk lihat gelagat para peminat yang datang menyokong dan apa yang best, para artis pun sangat humble, sanggup layan para peminat walaupun dah penat. Antaranya, sudah pasti Naimians, bonding antara mereka bersama mama dan papa Naim dan Naim Daniel sendiri memang kaw-kaw rapat ibarat satu keluarga tau! Bila Naim datang kepada Naimians malam tadi, mereka siap baca doa bersama-sama untuk memanjatkan kesyukuran atas usaha setiap pihak yang dah menjayakan AJL 34 kali ini.

Sumber gambar: Lunaria

Selain itu, kalau korang nak tahu Qiemilio para peminat Haqiem Rusli pun sempat berkumpul dan bergambar dengan Haqiem sendiri. Apa yang paling wow Zoe tengok, sebab ramai sangat Qiemilio, mereka siap buat sistem nombor untuk tunggu giliran nak bergambar satu-satu dengan Haqiem Rusli, memang bagus dan sistematik sebab gambar korang mesti akan nampak lagi cantik dan tak perlu nak berebut-berebut pun dengan Qiemilio lain.

Sumber gambar: Lunaria

Bukan setakat itu sahaja, walaupun mereka ini hanya datang menonton AJL, Luqman Faiz, Afieq Shazwan, Syamel dan ada beberapa artis lain pun lepak di tempat parking itu untuk bergambar beramai-ramai dan mereka sempat layan peminat! Memang baik sangat, walaupun sudah penat dan ada muka pun dah barai mengantuk pun mereka masih mampu senyum tau! Jadi itu adalah beberapa moment semasa dan selepas yang jadi di sebalik AJL 34. Macam curious juga ya apa yang akan jadi AJL seterusnya! Korang yang tak berkesempatan pergi tahun ini, korang bolehlah rancang untuk pergi untuk masa akan datang nanti ya!

Sumber gambar: Lunaria

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Zynakal Akui Anak Angkat, Tak Kenal Ibu Kandung

Jom Usha 5 Tempat Kegemaran Hantu!