in ,

Moment Di Sekolah Yang Boleh Buat Kita Rindu Kawan

Sumber gambar: instagram.com/zmahzaherman

Bosan! Memang bosan kena kuarantin ini. Walaupun masa yang diisi di rumah dengan online class and homework yang cikgu beri pun. Semangat nak buat semua hal belajar itu memang lain betul vibe dia bila di rumah kan? Haha! Dah alang-alang itu, mesti ramai di antara korang yang dah rindu pada moment dengan kawan bila di sekolah kan? Jom kita tengok apa yang buat korang rasa lagi membuak rindu saat-saat berada di sekolah.

JUMPA CRUSH

Sumber gambar: zmahzaherman

Antara yang paling dirindui oleh majoriti antara korang mesti nak jumpa crush, betul tak? Iya lah, kalau tak, mesti waktu sekolah sekarang ini korang tengah stalk crush di kelas. Bila terserempak di kantin, mesti rindu nak makan duduk meja dekat. Nak mengusik crush dan sebagainya. Woah! Bertenang ya korang semua. Nasib baik sekarang ini dah ada media sosial kan! Lagi senang nak tengok apa si dia buat kan?

JAMUAN POT-LUCK

Sumber gambar: zmahzaherman

Biasanya, bila dah ada ujian pertengahan tahun, lagi-lagi nak puasa ini. Selepas itu, nanti musim raya pula. Woah! Memang ada banyak sangat sambutan yang kita nak buat dengan kawan kelas dan cikgu kan! Mesti sekarang ini ada yang tengah rindu saat dan hari jamuan atau sesi pot-luck kelas, betul tak? Ala tak apa lah, nanti bila tiba masanya, korang buat okay!

REHAT- GOSSIP

Sumber gambar: zmahzaherman

Aktiviti yang paling dinantikan para pelajar di sekolah! Bila bunyi sahaja loceng yang menandakan waktu rehat. Mesti korang rindu saat-saat nak beli makanan di kantin kan? Silap-silap makanan makcik kantin pun korang dah rindu kan! Haha! Lepas itu, bila dah dapat makanan, duduk pula dengan squad beramai-ramai dan bergosip tentang hal masing-masing. Eee! Rindunya!

RUSHING BUAT HOMEWORK

Sumber gambar: zmahzaherman

Selain itu, mesti ada juga yang rindu saat rushing dan terkejar nak buat kerja sekolah yang tak siap kan! Walaupun rasa macam selamat sikit duduk di rumah waktu kuarantin ini tapi vibe kekecohan di sekolah itu lain macam kan? Hehe.

Bukan setakat semua ini sahaja kan yang korang rindu? Mesti ada juga yang rindu dekat cikgu sebab lama tak jumpa, rindu nak bergurau dengan pakcik kebun, makcik kantin, pakcik bas dan pak guard. Tak apa! Nanti bila dah buka sekolah nanti, korang boleh buat semua itu semula okay!Β 

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hoony WINNER Bakal Jalani Khidmat Tentera 16 April Ini

Jika Suka Sangat Main TikTok, Buruk Padahnya