in ,

Mix & Match Tudung Dan Baju Kurung Raya

Sumber gambar: Instagram @mfmirafilzah

Baju raya ni nak match dengan tudung mana? Baju kepuk kepuk tu nak pakai shawl ke bawal? Then tudung pula nak buat gaya macam mana?

Ha, siapa yang selalu sangat ada masalah ni? Bila dah ada baju, tak tahu nak pakai tudung warna apa. Dah ada tudung tak tahu nak pakai bawal atau shawl. Then bila dah pilih, tak tahu pula nak buat style macam mana. Gigih scroll tutorial shawl, cuba itu ini. End up pakai juga style biasa korang gayakan sebab tak confident dengan diri sendiri, adoi buat penat je pening kepala!

Bukan setakat waktu Hari Raya je kita akan alami masalah ni, waktu hari biasa pun sama juga. Lagi-lagi kalau nak bersiap ke majlis perkahwinan, lagi la pening kepala juga macam la korang yang nak kahwin kan, hehe! It’s okay, kali ni Ainaa akan tolong korang settle masalah ini macam mana nak mix and match tudung bersama dengan baju kurung pada Hari Raya ini okay!

WARNA

Korang kena tengok dulu warna baju yang korang pakai tu. Kalau baju warna hijau, jangan la pula pakai tudung warna merah. Memang kena kecam la kalau pakai tudung merah baju hijau, then kasut pula warna kuning? Allah! At the same time, korang kena juga kenal pasti warna tona kulit korang. Untuk sesiapa yang berkulit cerah, korang memang beruntung sebab semua jenis warna tudung sesuai untuk digayakan. Tak kisah nak pakai tudung warna terang atau gelap. Tapi for those yang berkulit agak gelap, korang digalakkan untuk pakai tudung berwarna lembut.

STYLE TUDUNG

Ada orang jenis suka cuba sesuatu yang baru bila pakai tudung, ada masa nak pakai shawl, kalau malas sikit setakat selempang tudung bawal sahaja. Cuba tengok baju korang tu style macam mana? Adakah baju tersebut ada banyak manik bling bling, kembang sana sini dan corak macam-macam? Kalau baju pun dah sarat, pastikan style tudung tu simple sahaja. Tak perlu nak pusing sana sini. Cukup setakat korang pusing sekali atau dua je, sudah memadai. Kalau baju dah sarat, takkan tudung pun nak sarat dengan gaya pelik dan bercorak-corak kan? Pening kepala nanti bila bergambar. Satu lagi, dinasihatkan untuk pakai style yang korang selesa sebab kalau tak selesa nanti bakal mengundang bad mood di pagi raya ya geng.

CORAK BAJU DAN TUDUNG

View this post on Instagram

Know know arrive

A post shared by Sharifah Rose Sabrina (@sharifahrose_) on

Baju kurung korang dah bercorak batik, takkan nak pakai tudung bercorak bunga pula? Masalah besar la kalau korang pakai macam tu. Risau crush korang tak pandang je nanti kalau nampak korang pakai macam tu. In case korang decide untuk pakai tudung bercorak, make sure baju tak ada corak which is kosong dan simple. Tapi kalau baju dah penuh corak, boleh la pilih tudung yang tak bercorak. Baru la betul nak mix and match.

MAKEUP

Ini pun merupakan satu masalah juga, nak pakai makeup atau tak? Raya kan setahun sekali, apa salahnya kalau korang pakai makeup sikit pada pagi Hari Raya nanti, baru la bertambah manis muka korang tu, hehe! Tapi for those yang tak pandai makeup, korang boleh la practice dulu sebelum pagi raya nanti. At least tak ada la nervous nak pakai makeup nanti. Simple pun okay juga, letak sikit foundation, bedak, eyeliner, mascara, blusher dengan lipstick. Kalau nak advance sikit, pakai la eyeshadow baru la meriah raya tahun ni. Makeup tu pun sesuai kan dengan warna baju dan juga tudung. Kalau tudung warna kuning, buat la sikit eyeshadow warna kuning pucat, lipstick kasi extra! Baru meletop mak ngah!

Tak sabar pula rasanya nak raya tahun ni kan? Tak kisah la baju baru atau baju lama, asalkan pagi raya nanti dapat makan rendang dengan lemang! Bestnya!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments