in ,

Mitos Tentang Rambut Kita Selalu Dengar

Sumber gambar: stayhipp.com

Orang kata kalau cabut uban nanti lagi bertambah banyak. Lepastu kalau basuh rambut waktu period nanti pening kepala. Betul ke ni?

Ehh ingat semua tu betul ke? Mitos je tau apa yang korang dengar tu. Rambut pun ada mitos juga, kalau korang nak tahu. Bukan semua yang korang dengar tentang rambut tu betul belaka, ada je yang hanya gurauan orang tua-tua. Jom kami bocorkan sikit rahsia tentang mitos rambut ni. Dah ready ke tu?

SELALU SIKAT RAMBUT, NANTI LAGI SIHAT

Image result for girl comb hair
Sumber gambar: ebay

Ada certain orang kata kalau kita selalu sikat rambut, rambut tu akan jadi lebih sihat dan lurus serta terurus. Betul ke? Haa, cuba korang fikir secara logik. Kalau selalu sangat sikat rambut, mesti akar rambut akan jadi tak kuat. At the same time rambut korang akan mudah untuk putus dan gugur. So, elakkan selalu sangat sikat rambut tu. Biasakan sikat rambut bila bangun tidur, lepas mandi dengan sebelum tidur je.

KELEMUMUR AKAN MEREBAK

Image result for kelemumur
Sumber gambar: bukanaku

Mula-mula ada kelemumur dekat bahagian belakang kepala, ehh boleh jadi ke kalau kelemumur ni merebak ke tempat lain? Sama sekali tidak ya girls! Kelemumur ialah kulit kepala yang dah mati dan ia akan keluar dengan sendiri bila kulit baru tumbuh. Normal la kalau ada tompokan kelemumur dekat kulit kepala, tapi kalau boleh buang la kelemumur tu sebab nampak tak cantik pula rambut tu nanti. Yang pasti kelemumur takkan tersebar dari satu tempat ke tempat yang lain dan kelemumur orang lain pun takkan ‘terbang’ ke rambut korang dengan mudahnya. Jangan sebab kawan korang ada kelemumur, korang taknak kawan dengan dia pula ya.

KERAP PAKAI HAIR DRYER, RAMBUT ROSAK

via GIPHY

Confirm benda ni korang selalu dengar kan? Ainaa pun selalu juga dengar benda ni, sebab tu Ainaa sendiri jarang guna hair dryer sebab takut rambut rosak. Padahal hakikatnya tak pun! Apa yang merosakkan rambut ialah kalau korang tak keringkan rambut lepas basuh. Rambut korang akan selamat walaupun korang keringkannya dengan menggunakan hair dryer. At the same time nak lagi elok, letak sikit vitamin, serum atau minyak pelindung rambut sebelum gunakan hair dryer. Nanti tak ada la rambut korang jadi terlampau kering bila dah guna hair dryer. Confirm lepas tu jadi lagi cantik!

CABUT SEHELAI UBAN NANTI BERTAMBAH BANYAK

Image result for uban
Sumber gambar: solusiuban

Parents korang mesti selalu suruh cabut uban lepastu bagi upan sehelai 20 sen kan? Hehe! Korang punya malas nak cabut uban, terus bagi alasan kononnya kalau cabut sehelai rambut nanti uban bertambah banyak. Ha, tu alasan mitos merepek je tau. Tak ada maknanya jadi macam tu. Rambut korang tak rasa apa-apa pun kalau uban tu dicabut. Sekadar rasa gatal je, tak bertambah banyak pun. Uban akan terhasil bila usia seseorang tu dah meningkat, kurang vitamin B12 dan berkemungkinan disebabkan genetik keluarga. Korang yang mudah ni pun boleh je ada uban tau, bukan mereka yang dah berusia je ada uban.

POTONG HUJUNG RAMBUT KALAU NAK PANJANG

via GIPHY

Alia, rambut kau ni lambat sangat nak panjang kenapa? Cuba kau potong sikit dekat bahagian bawah tu, mesti cepat panjang nanti.

Eh, jangan tertipu ya. Tu semua mitos je, tak ada kaitan pun kalau korang potong hujung rambut tu, rambut jadi cepat panjang. Memang la kita kena potong sikit rambut dekat bahagian bawah tu, tapi ia bertujuan untuk buang rambut bercabang. Bila rambut bercabang tu dah dipotong, baru la rambut jadi lebih cantik dan rata. Bukannya bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut. Jangan mudah tertipu okay.

Apa lagi mitos tentang rambut yang korang pernah dengar? So far ni je la yang kami biasa dengar dan yang kami percaya ialah part potong bahagian bawah rambut tu. Sekali dah potong, lama juga ambil masa untuk tumbuh semula. Suci betul diri ini mudah tertipu dengan perkara mudah, haha!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Ramai Peminat Sayang Andi Bernadee

Persediaan BTS ‘Back To School’