in ,

Mitos Tentang Rambut Yang Mungkin Korang Silap

Sumber gambar: lunaria.com.my

Rambut adalah mahkota setiap orang, tidak kira sama ada korang adalah lelaki atau perempuan. Setuju tak? Ada banyak produk yang dikeluarkan untuk rambut seperti syampu, conditioner, serum, minyak dan lain-lain hanya untuk menjaga rambut kesayangan kita. Tapi untuk pengetahuan awak semua, sebenarnya ada banyak sangat mitos tentang rambut yang mungkin kita percaya. Dan ramai yang dah jadikan mitos ini sebagai kebiasaan dalam rutin harian penjagaan diri. Tak percaya? Okay, mari kita tengok mitos yang ada!

CABUT UBAN AKAN BERTAMBAH

Sumber gambar: Arah

Siapa ada uban walaupun masih muda? Ada sesetengah orang tak nak cabut uban sebab percaya kalau cabut uban, nanti semakin bertambah uban di rambut. Sebenarnya, tiada masalah pun kalau korang cabut uban itu dan dia tak akan tumbuh lebih banyak atau tumbuh lagi. Selain itu, ada yang percaya uban ini tumbuh sebab korang stress. Sebenarnya ini adalah salah dan korang tak perlu risau pun okay

KELEMUMUR CEPAT MEREBAK

Sumber gambar: Hijabista

Masalah kelemumur adalah satu benda yang biasa berlaku lebih lagi kita tinggal di negara yang cuacanya panas dan lembap. Benda yang korang perlu buat untuk rambut yang berkelemumur ini adalah kena sentiasa massage your scalps dan tak perlu percaya dengan konsep di mana kalau kacau kelemumur dekat kulit kepala, lagi banyak dia merebak satu rambut. Sebenarnya, semakin korang massage your scalps setiap hari, lagi sihat kulit kepala korang.

RAJIN SIKAT RAMBUT SIHAT

via GIPHY

Nak rambut sihat, perlu rajin sikat. Mesti ramai yang dah praktikkan ini dalam rutin harian korang betul tak? Sebenarnya tidak akan jadi apa pun kalau korang rajin sikat. Tak rajin sikat pun sama sahaja. Mungkin orang yang claim mitos ini sebenarnya nak korang semua rajin sikat rambut supaya nampak kemas selalu, itulah sebab terjadinya mitos ini. 

NAK PANJANG KENA GUNTING 

Sumber gambar: Soompi

Ramai orang suka kalau rambut mereka senang tumbuh dengan cepat, betul tak? Dan mesti ramai juga yang kerap gunting rambut supaya rambut korang cepat panjang. Tahu tak, kalau korang gunting rambut korang, maka pendeklah rambut korang akan pendek sebab dah guntingkan? Jadi, memang ianya mitos yang tidak masuk akal kalau korang nak panjangkan rambut wajib gunting. 

HARUS KERINGKAN GUNA TUALA

Sumber gambar: Dramasrok

Memang betul kalau korang keringkan rambut guna tuala adalah lebih baik daripada guna hair dryer tetapi bagi yang guna tuala ini sebenarnya bukan bermakna korang perlu keringkan rambut secara kasar. Kalau korang guna tuala tapi keringkan secara kasar pun boleh menyebabkan rambut korang tertarik dengan banyak dan keguguran. Jadi, kalau nak cara keringkan rambut dengan tuala dengan betul adalah korang cuma keringkan dengan perlahan-lahan sekaligus anggap kepala dan rambut korang itu seperti menatang minyak yang penuh okay

Ada yang baru realize tentang mitos ini? Jadi, selepas ini bolehlah korang buat seperti biasa pada rambut korang. Ingat juga, konsep less is more itu sebenarnya lebih baik untuk korang cuba dalam rutin penjagaan diri harian korang. Tidak kira untuk rambut, muka, badan, tangan, kaki, kuku dan lain-lain. Antara yang wajib korang pakai untuk rambut ini juga cukup cuci guna syampu sekurangnya satu hari sekali, conditioner pun sama seperti penggunaan syampu, untuk serum gunakan setiap malam dan make sure letak sedikit minyak rambut bayi tiga kali seminggu sebab minyak rambut bayi memang baik untuk rambut. 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Post Gambar Rambut Karat, Netizen Gelar Rempit

Pelajar Umur 15 Tahun Juara Top Math Ninja!