in ,

Misteri Tentang Tubuh Badan Manusia Yang Korang Perlu Tahu

Sumber gambar: medium.com

Korang excited tak bila bercakap tentang tubuh badan manusia? Mesti lah ada yang teruja kan? Sebab ini kan pengetahuan tentang ciptaan tuhan, yang mana memang sangat unik dan ada banyak fungsi menarik yang kita belum explore pun lagi, setuju tak? Jadi, kali ini kami nak kongsi dengan korang tentang misteri lain tentang tubuh badan manusia yang korang perlu tahu! Hehe!

MATA TIDAK ADA DARAH?Β 

Sumber gambar: health iguide

Biar betul pada bahagian mata tidak ada darah langsung kan? Sebenarnya, bahagian kornea mata sahaja lah korang… haha! Untuk pengetahuan korang, kornea mata kita ini tidak ada aliran dengan darah langsung tau! Akan tetapi masih sama fungsinya dengan organ yang lainnya yang mana memerlukan oksigen daripada udara.

BIBIR LEBIH SENSITIF

Sumber gambar: pinterest

Mesti ramai di antara korang yang ingat jari adalah bahagian tubuh badan paling sensitif kan? Sebab kalau terlalu basah dia boleh kedut-kedut. Akan tetapi, sebenarnya bibir manusia lah antara bahagian yang 100 kali lebih sensitif sebab sebenarnya korang tak boleh jilat, kena sentiasa jaga dengan minum banyak air dan lain-lain.

1000 KG SAYUR TAK AKAN GEMUK?

Sumber gambar: business insider

Kalau makan makanan lain, mesti akan diproses dan dicerna untuk menjadi lemak dan tenaga kan? Selepas itu, kalau korang makan makanan lain, sudah pasti berat akan senang naik. Lain pula dengan sayur, korang makan lah sebanyak mana pun walaupun beribu kilogram, perut korang akan sentiasa mencernakan ia tanpa pernah menjadikan ia lemak.

UDARA SEJUK = VIRUS ?

Sumber gambar: web md

Bagi kita yang tinggal di negara dengan cuaca panas lembap ini, mesti ramai yang lebih suka duduk di bawah penghawa dingin kan? Tetapi korang tahu atau tidak yang sebenarnya udara sejuk ini mampu bawa lebih 100 virus ke dalam tubuh badan manusia. Oleh sebab itu juga, korang jangan pelik kenapa ada orang senang sangat demam walaupun tempat itu baru sejuk sekejap saja.

GIGI ROSAK PERMANENT

Sumber gambar: end all disease

Gigi adalah satu-satunya bahagian tubuh badan manusia yang kalau rosak memang tak boleh tumbuh semula kecuali pada kanak-kanak. Jadi, sebab itu korang kena pergi jumpa doktor gigi sekurangnya enam bulan sekali untuk pastikan gigi korang sentiasa sihat. Korang juga kena sentiasa makan makanan yang berkhasiat sebab kalau korang jaga gigi korang dari awal, mesti sampai dah tua nanti gigi korang cantik saja.

Ha… sekarang mesti korang baru tahu kan? Walau apa pun, yang penting adalah korang mesti kena sentiasa jaga kesihatan sebab badan korang itu nak guna lama tau! sampai korang tua! Jadi, janganlah korang nak cuba benda pelik-pelik pada tubuh badan korang sebab akhirnya nanti korang sendiri yang rugi okay.

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Nak Tahu Bakat Terpendam Seseorang

Top 5 Jenama Skincare Korea Yang Menjadi Pilihan Ramai