in

Hmm… Misteri Betul Duduk Asrama Ni! Ada Toyol Ke..

Sumber Gambar: onemoving.com.br

Hai #Lunagirls! It’s finally Fridayyy! Macam mana minggu persekolahan korang minggu ni? Ada banyak kawan baru tak? Yang baru masuk asrama okay tak? Ada yang homesick ke? Hihi! Eh… ada barang hilang? Alamak! Macam mana boleh hilang? Hmm.. Jom LUNARIA kongsikan tips jaga barang peribadi di asrama! Antaranya..

PAKAIAN

via GIPHY

Benda ni biasa jadi! Minggu pertama ni, baru nak biasakan diri dengan jadual aktiviti.. so kadang-kadang balik dorm main campak je baju dan buku then terus tidur! Dan esok bangun tidur, tengok semua benda entah ke mana! Aiyoo! Apa kata korang jahit tanda nama yang kecil dekat pakaian korang.. kalau dah bercampur dengan baju orang lain, senang nak tahu yang mana satu korang punya!

BROOCH

via GIPHY

Ni bukan kata budak asrama je sesiapa pun akan senang hilang brooch tudung! Haha! Jadi apa yang korang boleh buat adalah beli brooch banyak sikit dan simpan dalam locker.. Kalau satu hilang ada yang lain, yang jenis careless korang beli yang mur mur je okay! Psst, kalau nak lagi  jimat, guna safety pin je awak! Hihi!

HANGER

via GIPHY

Mesti selalu beli 20 bila dah hujung bulan jadi 5 kan? Haha! Biasalah tu.. kadang kita letak dekat ampaian lupa nak ambil lepas tu memang jadi milik orang lain!  Jadi belilah hanger yang sama warna, letak tanda nama dan kalau ada kawan yang terambil bolehlah minta balik sebab kan ada nama kita dekat situ! Hihi!

BARANG MANDI

via GIPHY

Bila duduk dekat dorm, bilik air pun berkongsi! Jadi memang tidak disarankan untuk tinggalkan barang mandi korang merata-rata! Apa yang perlu #Lunagirls boleh buat adalah dengan membeli baldi dah letak semuanya sekali, senangkan? Taklah time mandi nak angkut satu-satu. Dekat baldi tulis nama korang besar-besar okay!

Senang cerita, setiap barang korang nanti jangan lupa letak tanda nama okay! Kalau masih ada barang yang LUNARIA tertinggal, korang comment dekat bawah ni! Jaga barang korang elok-elok tau dan semoga info ni bermanfaat untuk #Lunagirls! Happy weekend girls…

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bela Pets Hilang Stress Atau Tambah Stress?

Pantang Larang Picit Jerawat!!