in ,

Minuman Sesuai Untuk Melegakan Period Cramp

Sumber gambar: kpopchingu.com

Cramp sewaktu period adalah perkara yang biasa terjadi kepada sesetengah perempuan. Selain dari makan ubat, berehat, tuam, exercise dan lain-lain. Minuman yang berkhasiat juga membantu untuk melegakan cramp semasa period. Kalau boleh, sewaktu period, untuk korang yang memang mudah untuk sakit senggugut atau cramp. Sebaiknya korang elakkan minuman air gas, air sejuk, dan minuman terlalu manis sebab memang ia tak akan membantu korang untuk legakan cramp pun. Bukan tak boleh, boleh saja tapi kalau kita dah tengah cramp itu lebih baik bantu diri sendiri supaya berada dalam keadaan tubuh yang selesa dahulu kan? Dan ini adalah beberapa minuman yang mampu membantu korang yang cramp semasa period. Hehe!

HOT CHOCOLATE

Sumber gambar: pinterest

Bukan sahaja berkhasiat dan ada kandungan protein dan zat yang tinggi tetapi air hot chocolate memang akan secara tidak langsung memberikan kesan yang lega dan tenang untuk mood korang yang serabut sebab cramp itu tau. Korang boleh minum sambil duduk berehat tonton movie atau drama, lepas itu confirm korang akan tertidur dan bila bangun badan akan jadi lebih segar.

BLACK TEA

Sumber gambar: weheartit

Black tea memang diketahui khasiatnya yang banyak dan bukan setakat itu sahaja. Ia juga sesuai untuk korang yang nak diet. Black tea juga adalah minuman yang baik untuk kesihatan dan ia tinggi anti-oksidan. Sesuai juga untuk sistem pencernaan tubuh korang.

AIR SUAM

Sumber gambar: favim

Antara air yang kosong kalori dan paling sihat. Air suam adalah air yang paling sesuai untuk korang semasa cramp. Bukan sahaja tinggi kandungan mineral, malah korang yang risau bloating sewaktu period pun memang tidak akan ada masalah langsung jika kerap minum air suam.

AIR HALIA

Sumber gambar: pinterest

Orang kata, halia adalah air paling sesuai untuk keluarkan angin dalam badan. Bukan setakat itu sahaja, ia juga khasiat lain seperti legakan sakit kepala, turunkan berat badan, sistem penghadaman lebih baik, legakan senggugut, legakan batuk dan banyak lagi.

Jadi untuk korang yang memang kerap cramp semasa period itu boleh lah cuba minum minuman yang kami dah kongsikan ini. Iya lah, penerimaan badan kita semua ini lain-lain kan? Jadi cuba mana yang sesuai dan kena dengan pun dah okay.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Punca Sebenar Kita Ada Double Chin

Tips Untuk Tidur Lebih Awal dan Pantas!