in ,

Minggu Depan Dah Puasa, Jom Ingat Perkara Ini Semula

Sumber gambar: Maskulin.com

Minggu depan dah puasa, tak sabarnya nak sahur dan berbuka dengan family!

Siapa dah tak sabar nak sambut bulan Ramadan minggu depan? Ya guys minggu depan, hari jumaat kita dah mula berpuasa. Rasa macam baru beberapa bulan yang lepas je kita sambut raya, tahu tahu minggu depan dah mula berpuasa.

Since kita dah mula nak berpuasa, mungkin ada beberapa perkara yang korang terlupa atau mungkin terlepas pandang berkenaan ibadah berpuasa. So hari ini LUNARIA akan share dengan korang perkara basic tentang puasa yang kita semua tahu tapi mungkin ada yang terlupa!

NIAT PUASA

Cara lafaz niat Puasa Bulan Ramadhan harian dan sebulan
Sumber gambar: Mysumber

Ainaa sangat berterima kasih kepada kumpulan Raihan sebenarnya sebab mereka telah mencipta lagu niat berpuasa yang mana menjadi kegemaran ramai. Ada tak antara korang yang akan baca niat puasa ikut rentak lagu Raihan? Kita geng! Niat puasa sangat penting, kalau tak baca niat macam mana korang nak puasa esok harinya? Biasanya untuk sesiapa yang pelupa, bolehlah baca niat sebulan terus. Tapi ada juga yang lebih suka baca niat puasa setiap hari iaitu setiap kali sebelum tidur. Terpulang pada korang lebih suka baca yang mana satu.

BAYAR ZAKAT

Boleh ke kita bayar zakat terus kepada asnaf dan tak | AskLegal.my
Sumber gambar: Asklegal

Sebagai umat Islam, selain diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan, kita diwajibkan untuk membayar zakat iaitu zakat fitrah. Zakat fitnah ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Biasanya orang ramai lebih suka bayar ketika Ramadan berbanding ketika pagi Syawal sebelum solat raya. Zakat fitrah diwajibkan bagi individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya daripada keperluan tanggungjawabnya pada malam dan pagi hari raya. So, korang kena sentiasa ingatkan ibu bapa korang tentang bayaran zakat ya. Memandangkan korang masih bersekolah, korang masih dibawah tanggungjawab ibu bapa dan tak perlu bayar zakat sendiri kerana mereka yang akan bayarkan untuk korang.

GANTI PUASA

Tersalah Bersahur Atau Berbuka Puasa Bukan Pada Waktunya - Oh! Media
Sumber gambar: Ohmedia

Woops, dah habis ganti puasa ke belumΒ girls? Korang ada masa lagi beberapa hari je lagi untuk ganti puasa, kalau tidak korang kena bayar fidyah. Berbaki beberapa hari lagi, seeloknya korang ganti je puasa. At least kalau tak sempat habiskan puasa ganti, bila nak bayar nanti taklah banyak sangat wang yang perlu dikeluarkan. Rujuk semula articleΒ ini diΒ LUNARIA tentang fidyah ya.

PERKARA MEMBATALKAN PUASA

Apa hukum puasa tetapi tidak solat? | Free Malaysia Today
Sumber gambar: Freemalaysiatoday

Disebabkan perkara ini nampak remeh, mungkin ada yang terlepas pandang atau terlupa. So, ini ialah beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa:

  • Makan atau minum dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sangaja
  • Haid dan Nifas
  • Murtad dan gila

Kalau korang tak sengaja termakan roti pada awal pagi tak mengapa, dimaafkan sekiranya terlupa yang korang tengah berpuasa. Tapi kalau buat-buat lupa lepas itu berlakon ha memang batal maksudnya ya!

JANGAN MEMBAZIR

10 Bazar Ramadan Paling Popular Di Lembah Klang, Mana Satu ...
Sumber gambar: Gempak

Memandangkan kita akan menyambut Ramadan ketika tempoh PKP, maka tiada bazar Ramadan yang dibuka pada tahun ini. Maksudnya korang tak ada peluang untuk membazir makanan. Sebelum ini kalau ke bazar Ramadan mesti nafsu makan membuak-buak sampai excited nak beli semua benda. Tapi sekarang korang kena bersyukur bahawa walaupun kita tak dapat ke bazar Ramadan, tapi kita dapat berjimat-cermat. Makanan pun tak membazir, duit pun tak habis.

Dikesempatan ini, Ainaa dan team LUNARIA nak ucapkan Salam Ramadan kepada korang semua! Semoga Ramadan kali ini membawa 1001 makna buat kita semua. Jangan ponteng puasa ya!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Makanan Upgrade Tiktok Yang Patut Dicuba!

Plan Nak Disiplin Sepanjang PKP, Tapi Fail! Siapa Macam Ini Juga?